




Mengakui dibelenggu emosi kesedihan, Diana yang ditemui Selasa lepas, turut tidak menolak debaran di hatinya - bukan kerana takut dengan situasi yang akan dihadapinya nanti, sebaliknya perasaan rindu terhadap ibu kesayangan yang membuak-buak pasti akan dirasainya nanti.
Detik menyertai program itu di Kem Princess Haliza, Sepang sememangnya dinanti-nantikan oleh Diana, namun kerisauan memikirkan terpaksa meninggalkan ibunya, Norsiah Ramli sendirian, membuatkan perasaan sedih dirinya tidak mampu disorokkan.
Sebelum ini keakraban mereka ditafsirkan sebagai pasangan bercinta kemudian timbul pula cerita mereka hendak ‘coverline’. Namun apa yang dapat dikatakan, kemesraan antara mereka hanya sebagai sahabat karib. Sama ada Iqram mahupun Fouziah, mereka tidak kisah apa orang hendak kata asalkan mereka dan keluarga tahu perkara sebenar.
Majlis doa selamat itu juga diadakan bagi memohon kepada Allah supaya dijauhkan segala malapetaka, fitnah manusia dan kerjaya mereka berjalan dengan baik untuk tahun ini dan pada masa akan datang.
Ia diadakan di kediaman keluarga pengurus mereka, Amira Hani, di Subang Jaya, Selangor. Jemputan di kalangan kaum keluarga, jiran tetangga dan insan yang rapat dengan mereka kerana jelas Iqram yang segak mengenakan jubah putih dari Makkah, majlis itu dibuat kecil-kecilan saja.