Tuesday, May 29, 2018

Video Lucah Syafiq Kyle Mula Dijual Di Twitter RM20 ?

PELAKON, Syafiq Kyle yang kini popular menerusi watak Ustaz Adam dalam drama Nur di TV3 dihambat kontroversi baru apabila panggilan video seks bersama 'wanita' dikenali sebagai Mira tular di laman sosial.


Video berdurasi tujuh minit 22 saat itu memaparkan Syafiq berbaring atas sofa dan berdiri dalam bilik air selepas diminta Mira berbuat sedemikian.

Wakil pengurusan Syafiq Kyle, Shawn Amer dihubungi berkata, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.

"We will, sekejap ya. Working on this," katanya menerusi aplikasi Whatsapp -

Pocky.

Menerusi video itu, aksi Syafiq menggigit bibir, menjelir lidah dan menyebut nama Mira antara menarik perhatian netizen.



Terdapat pemilik akaun Instagram turut mendakwa memiliki siri video itu dan menawarkan untuk dijual kepada sesiapa berminat dengan harga RM20.

Rata-rata netizen menjadikan perkara itu sebagai bahan usikan di laman sosial.

Lazada App

Bagaimana pun, Syafiq seolah-olah tidak mengetahui perkara tersebar apabila masih aktif di IG dan Twitter.

Pagi tadi, Syafiq memuat naik sekeping gambar berserta kapsyen Pagi!

Di laman Twitter, Syafiq turut membalas komen daripada peminat.

Bagaimanapun, usaha Harian Metro mendapatkan kenyataan Syafiq gagal apabila panggilan telefon tidak berjawab dan kiriman mesej hanya dibaca.

Sumber: Hmetro