Saturday, March 7, 2015

Nekad Berhijab, Lufya Padam Gambar Seksi Di Instagram



Pelakon dan penyanyi Lufya Omar kini tampil dengan imej baru selepas dia nekad untuk berhijab pada 2 Februari lalu sempena meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke- 30.

Lufya ketika ditemui pada majlis tayangan filem ‘Sunti@Facebook’ di TGV One Utama baru-baru ini memberitahu niat untuk berhijab sudah lama timbul namun pada waktu itu dia masih belum bersedia sepenuhnya.

“Alhamdulillah, saya mengambil keputusan untuk bertudung sepenuhnya pada ulang tahun kelahiran saya.

“Saya akui dengan penampilan baru ini kehidupan saya lebih selesa dan tenang. Saya berubah kerana Allah dan tidak ada paksaan dari mana-mana pihak.

“Niat untuk bertudung sudah lama cuma saya belum bersedia, lebih-lebih lagi pada waktu itu saya terikat dengan kerjaya nyanyian dan juga lakonan,” katanya.



Lufya kini tampil dengan imej bertudung.

Lufya tidak menafikan perubahan yang dibuat oleh itu sedikit sebanyak telah menggembirakan hati ibu bapanya.

“Saya anggap ini adalah permulaan yang baik buat saya selepas pelbagai ujian telah saya lalui… Orang pertama yang paling gembira dengan penghijrahan ini adalah ibu bapa saya.

“Saya rasa sudah sampai masanya untuk saya menjadi seorang muslimah yang lebih baik di sisi agama dan saya berharap agar peminat turut mendoakan saya,” ujarnya.

Di samping itu, Lufya juga meminta  semua pihak menghormati penghijrahannya dengan  tidak menyebarkan foto-foto menampilkan imejnya yang tidak bertudung di laman sosial selepas ini.

“Kalau boleh saya mohon jasa baik semua pihak supaya tidak menyebarkan gambar-gambar saya tidak bertudung di laman sosial.

“Saya kini telah menjadi Lufya yang ‘baru’ dan saya mohon agar semua pihak menghormati perubahan imej saya.” kata Lufya yang turut memadamkan kesemua foto-foto lama di akaun Instagramnya.

Sumber: AstroGempak

1 comments:

  1. Ever wanted to get free Instagram Likes?
    Did you know that you can get these ON AUTO-PILOT AND ABSOLUTELY FOR FREE by getting an account on Like 4 Like?

    ReplyDelete