Friday, January 30, 2015

Zizan Razak Pencalonan Terbanyak Anugerah Meletop Era 2015

Pelakon dan pelawak Zizan Razak menerima pencalonan terbanyak dalam Anugerah MeleTOP Era 2015 (AME 2015) yang bakal berlangsung pada 22 Feburari depan di Stadium Putra Bukit Jalil di sini.

Pengumuman tersebut dibuat dalam satu sidang media yang diadakan di Hotel Double Tree by Hilton di sini pada Rabu.

Zizan atau nama sebenarnya Razizan Razak, 31, menerima pencalonan dalam kategori Artis Lawak MeleTOP, Hos MeleTOP, Pelakon TV MeleTOP, Bintang Filem MeleTOP,  Fesyen MeleTOP dan Bintang Online MeleTOP.


Zizan Razak menerima lapan pencalonan Anugerah Meletop Era 2015.

Zizan juga turut tercalon menerusi dua lagi kategori gandingannya bersama Kaka Azraff iaitu dalam kategori Lagu MeleTOP (Infiniti Cinta) dan Duo/Grup MeleTOP.

Bagaimanapun usaha pihak media untuk mendapatkan komen Zizan berhubung pencalonan itu gagal selepas dia meninggalkan majlis selepas selesai sidang media diadakan.

Sementara itu, pengacara Datuk AC Mizal menerima tiga pencalonan menerusi tiga kategori iaitu Hos TV MeleTOP, Grup/Duo MeleTOP dan Fesyen MeleTOP.

Antara calon lain yang turut bertanding adalah Zul Ariffin, Datuk Siti Nurhaliza, Hafiz Suip, Aaron Aziz, Amar Baharin dan Nora Danish.

AME 2015 memperlihatkan sebanyak 16 kategori serta dua kategori utama iaitu Top Top MeleTOP (Lelaki) dan Top Top MeleTOP (Wanita) selain memperkenalkan empat kategori baharu iaitu Drama TV MeleTOP, Artis Lawak MeleTOP, Hos TV MeleTOP dan Pelakon TV MeleTOP.

Pemenang bagi kesemua 16 kategori tersebut bakal membawa pulang hadiah berjumlah RM5,000 beserta sebuah trofi sumbangan Astro.

Kembali untuk tahun kedua, AME 2015 bertujuan mengiktiraf dan menghargai bakat dan karya kreatif para selebriti yang banyak menyumbang dala industri seni hiburan tanah air merangkumi bidang muzik, radio, televisyen, filem, digital serta serantau.

Anugerah ini juga memberi kuasa sepenunya kepada para peminat untuk mengundi melalui laman web khas yang diperkenalkan.

Pengacara dan para artis yang bakal bertanding dalam Anugerah Meletop Era 2015.

Bertemakan 'Yang Hit, Yang Legend', AME 2015 bakal disiarkan secara eksklusif di Astro Ria (104) dan siaran serentak di Maya HD (135).

Sementara itu, AME 2015 bakal mengandingkan lima hos iaitu Datuk AC Mizal, Nabil Ahmad, Noor Neelofa dan kumpulan Jozan (Zizan & Johan).

Bagi acara karpet merah pula akan dihoskan oleh Jihan Muse, Ray (Era) dan Dahlia (Hlive).

Pada malam itu, para penonton bakal dihiburkan dengan persembahan oleh barisan artis popular tanah air dan dua persembahan dari artis antara bangsa.

Bagaimanapun buat masa ini pihak Astro merahsiakan barisan artis tersebut sebagai kejutan.

Peminat yang ingin mengundi artis kegemaran mereka boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai cara-cara mengundi dengan melayariwww.meletop.com.my atau www.facebook.com/meletop.

Berikut adalah senarai penuh pencalonan AME 2015:

Drama TV Meletop
1) Bukan Kerana Aku Tak Cinta
2) Kerana Terpaksa Aku Relakan
3) Hantu Selfie
4) Aku dan Wali
5) Suamiku Encik Sotong

Artis Lawak Meletop
1) Zizan Razak
2) Jep Sepahtu
3) Johan
4) Abam Bocey
5) Jihan Muse

Hos TV Meletop
1) Datuk AC Mizal
2) Zizan Razak
3) Nabil Ahmad
4) Neelofa
5) Datuk Aznil Nawawi

Pelakon TV Meletop
1) Sharnaaz Ahmad
2) Zul Ariffin
3) Amar Baharin
4) Nelydia Senrose
5) Zizan Razak

Program TV Meletop
1) Maharaja Lawak Mega 2013
2) Konsert Akhir AF 2014
3) Anugerah MeleTOP Era 2014
4) Anugerah Juara Lagu ke-28
5) Ceria Popstar 2

Lagu Meletop
1)Mewangi - Akim & The Majistret
2) Jaga Dia Untukku - Datuk Siti Nurhaliza
3) Matahari - Hafiz Suip
4) Infiniti Cinta - Zizan & Kaka
5) Malaikat - Hazama

Penyanyi Meletop
1) Akim Ahmad
2) Datuk Siti Nurhaliza
3) Hafiz Suip
4) Shila Amzah
5) Hazama

Grup Duo Meletop
1) Akim & The Majistret
2) Zizan Razak & Kaka Azraff
3) Forteen
4) Mawi & Datuk AC Mizal
5) Sleeq ft Joe Flizzow

Penyampai Radio Meletop
1) Johan
2) Haniff
3) Feeya Iskandar
4) Ray
5) Raja Azura

Program Radio Meletop
1) JoHaRa Pagi Era
2) Pilih Hit Era
3) Petang Era
4) Morning Crew
5) Sinar Pagi

Filem Meletop
1) Abang Long Fadil
2) Mat Tudung
3) Ustaz Mu Tunggu Aku Datang
4) Sejoli
5) Penanggal

Bintang Filem Meletop
1) Nelydia Senrose
2) Zizan Razak
3) Shaheizy Sam
4) Nora Danish
5) Bront Palarae

Fesyen Meletop
1) Nur Fazura
2) Zizan Razak
3) Datuk AC Mizal
4) Wak Doyok
5) Nabil Ahmad

Artis Baharu Meletop
1) Ayda Jebat
2) Firman
3) Aman
4) Atikah Suhaimie
5) Amyra Rosli

Bintang Online Meletop
1) Emma Maembong
2) Zizan Razak
3) Datuk Siti Nurhaliza
4) Aaron Aziz
5) Hanis Zalikha

Couple
Meletop
1) Scha Al-Yahya & Awal Ashaari
2) Rozita Che Wan & Zain Saidin
3) Aril AF & Puteri Emma Adlinda
4) Irma Hasmie & Redza Syah
5) Syamsul Yusof & Puteri Sarah

Sumber: Mstar

0 comments:

Post a Comment