Sunday, January 18, 2015

Ramalan Juara #AJL29 : Dayang Nurfaizah (Dipintu Syurga)

Debaran kian terasa, pelbagai persespi, pendapat serta ramalan peminat setia Anugerah Juara Lagu (#AJL29) yang menentukan siapakah yang bakal menjulang trofi tempat pertama, kedua dan ketiga

AJL29 disiarkan secara langsung di TV3 jam 9 malam (18 Jan) bertempat di Stadium Putra Bukit Jalil yang bertemakan “Gema Dalam Muzik.”

Begitu juga kategori lain seperti vokal terbaik dan persembahan terbaik. Siapakah finalis yang meraih trofi untuk kategori-kategori tersebut?

12 finalis bakal berentap terdiri daripada penyanyi berbakat besar negara antaranya Dayang Nurfaizah, Alyah, Hafiz, Bunkface dan ramai lagi.

Pentas AJL adalah medan para penulis lirik, komposer dan penerbit lagu mencurahkan idea dan menghasilkan lagu-lagu yang terbaik buat penyanyi untuk para pendengar.

Apabila berjaya menjulang Trofi AJL membuatkan keseluruhan tenaga kerja sesebuah lagu itu lebih dikenali dan dihormati oleh penggiat muzik serta pendatang baru. Apa-apa pun berikut adalah ramalan penulis finalis AJL29 yang dijangka meraih kejayaan:

Juara AJL29: Dayang Nurfaizah (Dipintu Syurga) /Alyah (Sesal Separuh Nyawa)

Naib Juara AJL29: Joe Flizzow ft Sonaone (Apa Khabar) /Mojo (Romancinta)

Tempat Ketiga AJL29: Indah Ruhaila (Percayalah) /Hazama (Malaikat)

Persembahan Terbaik AJL29: Stacy/Alyah/Joe Flizzow ft Sonaone

Vokal Terbaik AJL29: Hafiz/Alyah/Dayang Nurfaizah/Indah Ruhaila


Sumber: Murai

0 comments:

Post a Comment