Saturday, January 17, 2015

MLM 2014: SYJ Tersingkir, Akui Kadangkala Tidak Faham Lawak Yang Dipentaskan

Perjalanan kumpulan SYJ yang dianggotai oleh Jihan Muse, Yassin dan Syuk berakhir sebentar tadi di pentas Maharajalawak Mega 2014 selepas menerima undian terendah di minggu kesepuluh.
Dengan tema Trend Terkini dan Radio, tiga nama diumum berada di kelompok tiga terbawah ialah SYJ, Nabil dan Zero. Penyingkiran SYJ diumumkan sendiri oleh Farah Quinn, salah seorang barisan juri MLM 2014.
Namun sebelum meninggalkan pentas MLM, Jihan dan Yassin mewakili kumpulan SYJ sempat berkongsi perasaan mereka setelah sepuluh minggu bersaing hebat mengharungi pelbagai tema yang mencabar.

“Terima kasih kepada para peminat dan penonton yang sentiasa menyokong kumpulan SYJ seawal minggu pertama MLM 2014 bersiaran. Semoga anda terhibur dengan persembahan kami dan jujur kami akui kadangkala kami sendiri tak tahu apa kami buat di atas pentas ini.
“Setidaknya apa yang kami cuba sampaikan itu diketahui Allah SWT. Teruskan menyokong kumpulan SYJ dan kami tidak akan berhenti di sini sahaja,” jelas Jihan dan Yassin ringkas.
Penyingkiran SYJ di minggu sepuluh memberi peluang serta tekanan terbaru buat enam  kumpulan yang lain untuk merebut tempat ke peringkat akhir yang akan berlangsung kelak.

Program MLM 2014 yang dihoskan oleh Dato’ AC Mizal bersiaran secara langsung dari Dewan Teater Shah Alam setiap Jumaat, bermula pukul 10 malam dan boleh ditonton di Astro Warna saluran 132 dan Mustika HD saluran 134.

Sumber: AstroGempak

0 comments:

Post a Comment