Friday, January 23, 2015

AJL29: Pas Ada, Tapi Tidak Boleh Masuk - Tam Spider



Vokalis kumpulan Spider yang juga komposer lagu Di Pintu Syurga, Tam mengaku tidak dibenarkan masuk ke sebuah majlis anugerah baru-baru ini.

Perkara tersebut diakui Tam sendiri di akaun Facebooknya (FB) 'Tam Mustafah' apabila ditanya oleh seorang kenalan lain yang bertanyakan tentang dirinya ketika majlis anugerah tersebut berlangsung.

Menerusi ruangan komen di FB tersebut Tam menulis "ntah, pas ada tapi tak boleh masuk" sebagai jawapan kepada soalan salah seorang temannya.

Sebelum ini kelibat Tam tidak kelihatan pada majlis anugerah berprestij itu kerana disangkakan mempunyai hal yang tidak dapat dielakkan dan disebabkan itu dia tidak dapat hadir pada malam pertandingan tersebut.

Pada pandangan Astro Gempak, penjelasan Tam pada ruangan komen di FBnya itu jelas memperlihatkan kekesalannya kerana tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan.

Apatah lagi Lagu ciptaannya 'Di Pintu Syurga' dendangan penyanyi popular Dayang Nurfaizah dan lirik Iman Imran telah menduduki tempat ketiga dan memenangi kategori vokal terbaik pada malam tersebut.

Mungkin perkara ini tidak diketahui oleh pihak penganjur kerana Tam sendiri pun tidak 'kecoh' tentang perkara tersebut.

Hairan juga ya bagaimana individu sepenting Tam boleh tercicir?

Ya, bagi kami Tam merupakan individu yang sangat penting untuk majlis anugerah tersebut, malah sebagai seorang komposer yang lagunya dipertandingkan, tidak wajar dia dihalang untuk masuk ke dalam dewan.

Sumber: AstroGempak

0 comments:

Post a Comment