Thursday, January 22, 2015

9009Viral: Video Zamani Di Lokap Disebar Individu Tidak Bertanggungjawab

 
Video bekas vokalis kumpulan Slam, Zamani yang kini ditahan di lokap telah menjadi viral di laman-laman sosial.

Menerusi video berdurasi 1 minit 21 saat tersebut, kelihatan Zamani yang sedang duduk dalam keadaan tangan bergari disuruh menyanyikan lagu hitnya berjudul 'Gerimis Mengundang' oleh seseorang.

Sungguhpun dalam keadaan sedemikian, penyanyi bersuara emas itu hanya menuruti permintaan 'peminat' tersebut.

Ternyata vokal Zamani masih merdu dan sedap didengar.

Video tersebut telah mengundang pelbagai reaksi pengguna laman sosial sehingga ada yang simpati dengan nasib penyanyi berusia 43 tahun itu.

Tidak kurang juga yang menyalahkan individu terbabit yang merakam dan menyebarkan video tersebut sehingga mengaibkan penyanyi popular itu.

Bagaimanapun, bagi Astro Gempak video tersebut tidak sepatutnya menjadi bahan hiburan dan disebarkan sewenang-wenangnya.

Diharap individu yang menyebarkan video tersebut dapat bertanggungjawab di atas perbuatannya itu.

Zamani telah ditahan dikediamannya bersama seorang wanita di Keramat, pada Rabu kerana dipercayai positif dadah.

Sumber: Astrogempak

0 comments:

Post a Comment