Tuesday, October 14, 2014

Farez #AF2014 Tidak Perlu Cepat Melatah – Dato’ Hattan

Pengetua #AF2014 Dato’ Hattan menasihati supaya para pelajar yang tersingkir tidak perlu terlalu kecewa dan cepat melatah selepas tersingkir dari Akademi Fantasia 2014.

Dato’ Hattan berkata demikian susulan daripada luahan hati oleh Farez #AF2014 yang tersingkir di minggu ketiga di mana dia telah meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap penyingkirannya melalui Twitter.

“Pada mulanya saya tak tahu tentang perkara tersebut kemudian isteri saya yang beritahu saya… Bagi saya Farez adalah pelajar yang baik cuma dia perlu menerima hakikat bahawa ini adalah program realiti.

“Selain Farez, pelajar yang lain juga harus faham penyingkiran ini menggunakan konsep undian dan 100% adalah kehendak penonton, bukan keputusan juri", katanya ketika ditemui Astro Gempak selepas tamat konsert keenam Akademi Fantasia 2014 pada malam Ahad.

Tambah Dato’ Hattan lagi pelajar-pelajar #AF2014 yang tersingkir tidak perlu risau kerana pihak pengurusan Astro mempunyai pelbagai rancnagan yang akan dilakukan oelh kesemua pelajar ini selama 3 bulan.

“Bagi saya, mereka tidak perlu untuk terlalu beremosi, tentang Farez pula dia boleh telefon saya pada bila-bila masa dan saya boleh memberi cadangan dan juga pendapat kepada dia.

“Farez masih muda dan banyak lagi yang perlu dia belajar, apa yang penting jangan bertindak terlalu mengikut perasaan ataupun emosi.” jelasnya.

Dato’ Hattan juga turut menasihati Fatrez supaya tidak cepat putus asa dan sentiasa bersemangat untuk mencapai impian.

Jangan lupa untuk mengundi pelajar #AF2014 kegemaran anda dengan menaip:

AFUNDI (NAMA SINGKATAN PELAJAR) ke 32777 atau AFUNDI10 (NAMA SINGKATAN PELAJAR) KE 32777.

#AF2014 bersiaran secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104) dan Maya HD (saluran 135).Saksikan Diari AF pada setiap Isnin hingga Jumaat bermula jam 9.00 malam manakala Konsert Mingguan AF akan bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) setiap Ahad, jam 9.00 malam.

Bagi merancakkan lagi musim ini, Konsert Pertama dan Minggu akhir #AF2014 akan ditayangkan secara serentak di tiga buah saluran iaitu Astro Ria (saluran 104), Astro Prima (saluran 105) dan Maya HD (saluran 135).

Sumber: Astro Gempak

Monday, October 13, 2014

#AF2014:: Senarai Lagu AF 2014 Konsert Minggu 7

Malam 19 Oktober 2014, bintang Akademi Fantasia (AF 2014) bakal membuat persembahan untuk konsert minggu ke7. Saksikan persembahan bintang Akademi Fantasia 2014 di kaca tv korang jam 9 malam di saluran Astro Ria 104 dan Maya HD 135. Berikut merupakan senarai lagu yang akan disampaikan oleh bintang AF 2014 bagi konsert minggu ke-7.



Senarai lagu Konsert Akademi Fantasia 2014 Minggu 7


1. Firman - Jangan Tinggal Daku
2. Ewal - Jeritan Batinku
3. Azwan - Hanya DiKau
4. Zarif - Ya Habibi Ali Baba
5. Aman - Tiada Kata Secantik Bahasa
6. Nina - Itulah Sayang
7. Nuha - Engkau Laksana Bulan
8. Adel - Jelingan Manja

AF2014: Ziha tersingkir pada konsert #AF2014 ke enam


Ziha menjadi pelajar ke empat tersingkir pada konsert ke- 6 Akademi Fantasi 2014 yang berlangsung pada Ahad.

Ziha atau nama sebenarnya Nor Aziha Md Salleh, 20 menyanyikan semula lagu yang pernah dipopularkan oleh penyanyi Shima, iaitu Luka Dilukai kurang mendapat undian penonton pada konsert kali ini.

Selain Ziha, Zarif  dan peserta ‘favourite’ AF2014, Nuha adalah antara tiga pelajar yang mendapat undian terendah.

Keputusan penyingkiran pelajar yang berasal dari Johor itu diumumkan oleh dua pengacara AF2014 Zizan Razak dan Faizal Ismail.


Konsert yang bertemakan Rock ini turut mengundang penyanyi rock terkenal Awie serta komposer Edry Hashim sebagai juri jemputan bersama juri tetap, Datuk Ramli MS dan Raja Azura.

Turut memeriahkan konsert kali ini adalah kemunculan istimewa pemain gitar Man Keedal, penyanyi Ali XPDC dan kumpulan Kembara yang diterajui oleh Datuk M. Nasir.

Tinggal 8 orang pelajar yang akan meneruskan perjuangan merebut gelaran juara #AF2014 iaitu Adel, Nina, Nuha, Ewal, Firman, Aman, Azwan dan Zarif.

Sumber: AstroAwani

#AF2014: Ziha diumumkan tersingkir di konsert ke-6


Pelajar yang menduduki undian tercorot minggu ke 6 sempena tema rock:

1. Zarif
2. Ziha
3. Nuha

Pelajar yang tersingkir : ZIHA