Tuesday, December 2, 2014

Tampil Imej Rock, Firman #AF2014 Mahu Kekal Berambut Panjang



Penyanyi Firman AF2014 akui dirinya lebih selesa tampil dengan imej berambut panjang.

Firman atau nama sebenarnya Mohd Firman Bansir ketika dihubungi Astro Gempak berkata, rambut tersebut bertepatan dengan gayanya yang mahu mengekalkan imej rock.

“Saya tidak pernah terfikir untuk berambut pendek kerana bagi saya ini adalah imej saya.

"Jadi saya rasa tidak perlu untuk mengubahnya semata-mata ingin tampilkan imej yang berbeza."

“Saya senang dengan gaya rambut begini dan sebelum saya masuk AF2014 pun saya masih dengan rambut panjang ini.

“Namun saya tidaklah mahu simpan terlalu panjang hingga mencecah paras pinggang… Cukuplah hanya sekadar paras leher ke bahu sahaja,” katanya  ketawa

Malah jejaka yang berasal dari Sabah itu mengakui imej tersebut memberikan lebih keyakinan kepadanya untuk tampil beraksi di pentas nyanyian.

“Saya mahu dikenali dengan imej tersendiri dan saya akui gaya ini membuatkan saya lebih berkeyakinan dan bertenaga semasa membuat persembahan,” ujarnya pendek.

Dalam pada itu, Firman juga memberitahu dia kini semakin sibuk dengan kerja dan undangan nyanyian.

“Alhamdulillah, selepas bergelar juara AF2014 rezeki saya semakin bertambah dan saya kini semakin sibuk dengan undangan nyanyian.

“Saya akui pada mulanya agak sukar untuk menyesuaikan diri kerana kurang waktu tidur dan rehat.

“Namun lama-kelamaan saya dah biasa dan seronok dengan apa yang saya lakukan.” katanya mengakhiri perbualan.

Sumber: AstroGempak

0 comments:

Post a Comment