Tuesday, December 2, 2014

LY Simpan Hasrat Cipta Lagu Untuk Adel AF2014



Komposer dan penulis lirik terkenal LY menyatakan hasrat mencipta sebuah lagu untuk penyanyi kelahiran AF2014 iaitu Adel.

LY ketika ditemui Astro Gempak berkata dia berminat dengan vokal dan juga penghayatan Adel dalam menyampaikan sesebuah lagu.

“Saya lihat Adel sangat konsisten dari minggu pertama dan vokalnya juga sangat mantap.

“Sebelum ini saya pernah cipta lagu untuk Hafiz dan saya rasa kali ini saya berminat untuk mencipta lagu untuk Adel.

“Penyampaian dan penghayatan Adel dalam menyampaikan sesebuah lagu juga amat baik dan saya rasa dia tidak akan mengecewakan saya,” katanya ketika ditemui baru- baru ini.

Tambah LY lagi, dia hanya menunggu waktu yang sesuai memandangkan pelajar yang berasal dari Sabah itu kini sibuk mempromosikan single terbarunya.

"Saya sebenarnya agak teruja untuk buat lagu Adel tapi saya masih mencari waktu yang sesuai lagipun dia juga sedang sibuk mempromosikan single terbarunya," ujarnya pendek.

Malah LY dan Baiduri juga berpendapat pelajar AF untuk tahun ini hebat-hebat belaka dan mampu bersaing dalam industri hiburan dengan baik.

“Masing-masing mempunyai keunikan dan kekuatan vokal yang tersendiri jadi saya rasa mereka tidak ada masalah untuk berhadapan dengan industri hiburan.

“Saya rasa mungkin mereka nampak bagaimana cara senior-senior mereka beraksi di pentas AF suatu ketika dulu memberikan mereka semangat untuk bersaing.” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, LY dan Baiduri bakal melancarkan album terbaru Riz Zaizizi tidak lama lagi.

Sumber : AstroGempak

0 comments:

Post a Comment