Tuesday, December 9, 2014

Aisyah Aziz Ditegur Peminat, Kelakuan Dianggap Kurang Sopan Sebagai Penyampai AIM21

Selepas Azhael nampaknya penyanyi Aisyah Aziz pula turut menerima kritikan hebat di laman sosial kerana tingkah lakunya sebagai penyampai Anugerah Industri Muzik 21 (AIM21) dianggap sebagai kurang sopan.

Ini kerana tindakan Aisyah semasa mengumumkan pemenang  anugerah bagi kategori ‘Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu’, dia telah menyebut perkataan ‘tak nak lah’ secara tidak sengaja apabila penonton yang berada di dewan sibuk meneka pemenang tersebut adalah Sleeq dan Joe Flizzow menerusi lagu ‘Tepi Sikit’.

Perbuatannya itu nyata telah mengejut penonton serta peminat Sleeq dan Joe Flizzow.






Antara teguran yang diberikan kepada Aisyah.








Aisyah yang juga merupakan adik kepada Aliff Aziz itu juga dikatakan tidak peka dengan keadaan sekeliling dan tidak menghormati artis yang telah lama berkecimpung dalam dunia seni.











Selain itu, aksi Aisyah semasa mengumumkan kemenangan Azhael bagi kategori  ‘Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (berkumpulan) turut menarik perhatian apabila dia secara tiba-tiba melompat di atas pentas bersama Hael (anggota duo Azhael).












Akibat daripada kejadian itu, dia telah menerima kritikan di laman sosial yang rata-ratanya berpendapat Aisyah sepatut mengawal etika ketika mengahdiri majlis-majlis berprestij.

Bagaimanapun Aliff Aziz selaku abang, telah meminta maaf semasa siaran secara langsung apabila dia melihat adiknya begitu gugup di atas pentas dan kelihatan tidak keruan.

Aisyah dan Aliff Aziz bertindak sebagai penyampai anugerah bagi kategori ‘‘Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (berkumpulan)’ (Azhael – hujung Waktu) dan ‘Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu’ (Nora ft Mosyi, Alif ft Putri - Selamanya Bahagia) di AIM21.

Sumber: AstroGempak

0 comments:

Post a Comment