Tuesday, October 14, 2014

Farez #AF2014 Tidak Perlu Cepat Melatah – Dato’ Hattan

Pengetua #AF2014 Dato’ Hattan menasihati supaya para pelajar yang tersingkir tidak perlu terlalu kecewa dan cepat melatah selepas tersingkir dari Akademi Fantasia 2014.

Dato’ Hattan berkata demikian susulan daripada luahan hati oleh Farez #AF2014 yang tersingkir di minggu ketiga di mana dia telah meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap penyingkirannya melalui Twitter.

“Pada mulanya saya tak tahu tentang perkara tersebut kemudian isteri saya yang beritahu saya… Bagi saya Farez adalah pelajar yang baik cuma dia perlu menerima hakikat bahawa ini adalah program realiti.

“Selain Farez, pelajar yang lain juga harus faham penyingkiran ini menggunakan konsep undian dan 100% adalah kehendak penonton, bukan keputusan juri", katanya ketika ditemui Astro Gempak selepas tamat konsert keenam Akademi Fantasia 2014 pada malam Ahad.

Tambah Dato’ Hattan lagi pelajar-pelajar #AF2014 yang tersingkir tidak perlu risau kerana pihak pengurusan Astro mempunyai pelbagai rancnagan yang akan dilakukan oelh kesemua pelajar ini selama 3 bulan.

“Bagi saya, mereka tidak perlu untuk terlalu beremosi, tentang Farez pula dia boleh telefon saya pada bila-bila masa dan saya boleh memberi cadangan dan juga pendapat kepada dia.

“Farez masih muda dan banyak lagi yang perlu dia belajar, apa yang penting jangan bertindak terlalu mengikut perasaan ataupun emosi.” jelasnya.

Dato’ Hattan juga turut menasihati Fatrez supaya tidak cepat putus asa dan sentiasa bersemangat untuk mencapai impian.

Jangan lupa untuk mengundi pelajar #AF2014 kegemaran anda dengan menaip:

AFUNDI (NAMA SINGKATAN PELAJAR) ke 32777 atau AFUNDI10 (NAMA SINGKATAN PELAJAR) KE 32777.

#AF2014 bersiaran secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104) dan Maya HD (saluran 135).Saksikan Diari AF pada setiap Isnin hingga Jumaat bermula jam 9.00 malam manakala Konsert Mingguan AF akan bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) setiap Ahad, jam 9.00 malam.

Bagi merancakkan lagi musim ini, Konsert Pertama dan Minggu akhir #AF2014 akan ditayangkan secara serentak di tiga buah saluran iaitu Astro Ria (saluran 104), Astro Prima (saluran 105) dan Maya HD (saluran 135).

Sumber: Astro Gempak

0 comments:

Post a Comment