Tuesday, October 7, 2014

Anuar Zain Tampil Bermisai Kerana Bosan Imej Kemas

Anuar Zain

PETALING JAYA: Penyanyi Anuar Zain mengakui cuba untuk tampil dengan imej terbaharu iaitu bermisai bagi menghilangkan rasa bosan terhadap penampilan kemasnya sebelum ini.

Bagaimanapun, Anuar atau nama sebenarnya Shahrul Anuar Zain, 44, berkata, ia hanyalah sekadar suka-suka dan tidak melibatkan sebarang perjanjian kormersial.

"Imej bermisai ini hanya suka-suka sahaja sebab sudah lama saya berpenampilan kemas, saya nak tengok kelainan sebab kalau tengok muka sama setiap hari pun bosan.

"Namun tidak ada kena mengena dengan jadi mana-mana duta produk atau iklan," ujarnya kepada mStar Online.

Sementara itu, bercerita tentang kerjaya, Anuar berkata tahun ini merupakan antara tahun sibuk buat dirinya sebagai penyanyi.

Jelasnya, sepanjang tahun ini dia banyak menerima undangan nyanyian dan melakukan beberapa persembahan untuk beberapa acara hiburan.

"Tahun ini antara tahun paling sibuk buat saya sebagai penyanyi dengan banyak persembahan dan undangan nyanyian.

"Bagaimanapun, saya suka bila banyak kerja dan otak kita akan lebih banyak bergerak untuk menerima maklumat.

"Selain itu saya dapat jumpa dengan ramai orang daripada duduk sahaja di rumah," ujarnya.

Anuar bakal mengadakan persembahan makan malam amal bersama Anuar Zain di The Majestic Hotel, dekat sini, pada 5 Disember depan bagi membantu kutipan dana untuk pesakit jantung di Institut Jantung Negara.
Sumber: Mstar

0 comments:

Post a Comment