Monday, October 13, 2014

AF2014: Ziha tersingkir pada konsert #AF2014 ke enam


Ziha menjadi pelajar ke empat tersingkir pada konsert ke- 6 Akademi Fantasi 2014 yang berlangsung pada Ahad.

Ziha atau nama sebenarnya Nor Aziha Md Salleh, 20 menyanyikan semula lagu yang pernah dipopularkan oleh penyanyi Shima, iaitu Luka Dilukai kurang mendapat undian penonton pada konsert kali ini.

Selain Ziha, Zarif  dan peserta ‘favourite’ AF2014, Nuha adalah antara tiga pelajar yang mendapat undian terendah.

Keputusan penyingkiran pelajar yang berasal dari Johor itu diumumkan oleh dua pengacara AF2014 Zizan Razak dan Faizal Ismail.


Konsert yang bertemakan Rock ini turut mengundang penyanyi rock terkenal Awie serta komposer Edry Hashim sebagai juri jemputan bersama juri tetap, Datuk Ramli MS dan Raja Azura.

Turut memeriahkan konsert kali ini adalah kemunculan istimewa pemain gitar Man Keedal, penyanyi Ali XPDC dan kumpulan Kembara yang diterajui oleh Datuk M. Nasir.

Tinggal 8 orang pelajar yang akan meneruskan perjuangan merebut gelaran juara #AF2014 iaitu Adel, Nina, Nuha, Ewal, Firman, Aman, Azwan dan Zarif.

Sumber: AstroAwani

0 comments:

Post a Comment