Monday, October 6, 2014

#AF2014: Tiada penyingkiran di konsert kelima


Kejutan buat sembilan pelajar apabila pengacara #AF2014 Zizan Razak dan Faizal Ismail mengumumkan bahawa tiada penyingkiran untuk konsert kelima #AF2014.

Sembilan pelajar yang dimaksudkan ialah Firman, Ewal, Zarif, Aman, Azwan, Adel, Nuha, Ziha dan Nina menarik nafas lega sebaik sahaja mendengar pengumuman tersebut.

Manakala keputusan undian pelajar-pelajar #AF2014 untuk minggu kelima itu dibawa ke minggu hadapan.

Tidak lengkap sekiranya program realiti Akademi Fantasia tanpa sebarang kejutan, oleh itu para pelajar #AF2014 sekali lagi diberi kejutan istimewa oleh pihak produksi apabila ibubapa mereka dijemput untuk naik ke pentas bagi bertemu anak-anak kesayangan mereka sempena Hari Raya Aidil Adha.



Dalam pada itu, konsert minggu kelima #AF2014 juga dimeriahkan dengan persembahan penyanyi rap terkenal iaitu Joe Flizzow dan Sonaone di pembukaan acara.


Juara dan naib juara Ceria Popstar Masya dan Iqbal juga turut hadir membuat persembahan sebelum tamatnya konsert kelima #AF2014.

Pelakon hebat Fauziah Nawi dan juga Que Haidar turut beraksi dipentas bersama pelajar-pelajar #AF2014.

Selain itu, tiga orang juri yang bertanggungjawab untuk memberi komen kepada para pelajar untuk minggu kelima ini ialah Dato’ Ramli MS dan Raja Azura selaku juri tetap manakala penyanyi Nash selaku juri jemputan.

Kesemua sembilan bintang #AF2014 akan meneruskan perjuangan mereka sehingga bergelar juara.

Sumber: AstroAwani

0 comments:

Post a Comment