Wednesday, October 29, 2014

AF2014: AF Serap, Siapa Pilihan Tenaga Pengajar?

Penyingkiran Muna pada konsert keempat Akademi Fantasia 2014 sebelum ini telah menjadi bualan ramai sehingga ada yang meluahkan perasaan tidak puas hati melalui laman sosial.

Ini kerana pelajar berusia 20 tahun itu menunjukkan prestasi memberangsangkan pada setiap minggu.

Selain Muna, Adel juga turut menerima nasib yang sama apabila dia menjadi mangsa penyingkiran di konsert ketujuh #AF2014 baru-baru ini.


Malah penyingkiran pelajar yang berasal dari Sabah ini juga telah mencetuskan fenomena apabila namanya menjadi trending di Malaysia dengan hashtag #AdelAF2014 dan #whyAdel di Twitter sebaik sahaja penyingkiran dilakukan.

Empat pelajar lain yang tersingkir iaitu Zarif, Nina, Ziha, Farez dan Wawa juga tidak kurang hebatnya kerana masing-masing mempunyai kekuatan dan kelebihan yang tersendiri.

Dengan ini, atas permintaan ramai, pihak #AF2014 telah bersetuju untuk menyerap kembali salah seorang bekas pelajar #AF2014 yang tersingkir.

AF serap ini tidak memerlukan undian penonton sebaliknya atas pemilihan tenaga pengajar dan pihak fakulti.

Berita mengenai AF masuk tekah diumumkan sendiri oleh pengetua #AF2014 Dato Hattan menerusi program Meletop malam tadi.

Menurut Dato’ Hattan, pemilihan pelajar dibuat dengan begitu teliti bersama semua tenaga pengajar.

“Kita tidak aka nada AF masuk tetapi sebaliknya AF serap… AF serap ini dibuat atas permintaan ramai dan akan dipilih sendiri oleh tenaga pengajar dan pihak fakulti.

“Dari segi pemilihan, kami harus harus bersikap seadil-adilnya dan ini bukanlah mudah bagi kami kerna kesemua pelajar adalah hebat-hebat belaka,” jelasnya.

Keputusan AF serap akan diumumkan di Konsert Separuh Akhir #AF2014 pada Ahad ini, jam 9.00 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Astro Maya HD (135).

Jadi, pelajar manakah yang akan dipilih oleh tenaga pengajar?

Sumber: AstroGempak

0 comments:

Post a Comment