Saturday, September 13, 2014

Konsert Kedua #AF2014 Bertemakan Lagu Hits 90-an


Bagi peminat-peminat lagu era 90-an sudah pasti teruja untuk mendengar pelajar-pelajar #AF2014 membawakan kembali zaman kegemilangan lagu-lagu tersebut di konsert kedua yang bakal berlangsung Ahad ini bukan?

Bertemakan lagu-lagu hitz 90-an, para pelajar #AF2014 telah diberikan tanggungjawab untuk membuat persembahan dengan baik mengikut lagu yang telah diberikan.

Tidak dinafikan para pelajar sedikit risau mengenai tema tersebut kerana ada sesetengah daripada mereka tidak berapa biasa dengan lagu-lagu di era 90-an itu.

Antaranya Farez, Ziha dan Aman yang sedikit terkedu sebaik sahaja mengetahui tajuk lagu yang bakal mereka nyanyikan.

“Saya tak pernah dengar lagu ini namun apa yang saya boleh katakan ialah saya akan berusaha bersungguh-sungguh dan melakukan yang terbaik.” ujar Farez yang baru berusia 19 tahun.

Lain pula ceritanya buat Adel apabila impiannya untuk membawakan lagu penyanyi terkenal Ziana Zain telah tercapai dan kegembiraannya itu ternyata tidak dapat disembunyikan.

“Dah lama saya berhasrat untuk menyanyikan lagu daripada Ziana Zain dan tak sangka pula secara kebetulan lagu yang saya dapat adalah lagu beliau.” katanya gembira.

Malah, tenaga pengajar juga telah memberikan kata-kata semangat dan berharap supaya mereka berlatih dengan bersungguh-sungguh dan cuba mengenali serta menjiwai lagu-lagu yang telah diberikan.

Bagaimana pula dengan pelajar-pelajar #AF2014 yang lain?

Berikut merupakan senarai lagu yang akan dinyanyikan oleh mereka:

1. Nuha – Setelah Aku Kau Miliki (Shima)

2. Ewal – Ada (Dato’ M Nasir)

3. Wawa - Wajah Kekasih (Dato Siti Nurhaliza)

4. Azwan - Bernafas Dalam Lumpur (Wings)

5. Adel - Kalau Mencari Teman (Ziana Zain)

6. Farez - Langkah Seiringan (Exist)

7. Nina - Zombie (The Cranberries)

8. Zarif - Di sana Menanti Di Sini Menunggu (Ukays)

9. Muna - Diam-Diam Jatuh Cinta (Ramlah Ram)

10. Firman - Gerhana Cinta Luka (Iklim)

11. Ziha - Kau Yang Teristimewa (Aishah)

12. Aman - More Than Words (Extreme)

Bagaimana agaknya persembahan mereka ya? Lagu-lagu yang diberikan juga semuanya mantap-mantap! Sama-sama kita nantikan di konsert kedua Ahad ini ya.

Jangan lupa untuk mengundi pelajar #AF2014 kegemaran anda dengan menaip:

AFUNDI (NAMA SINGKATAN PELAJAR) ke 32777 atau AFUNDI10 (NAMA SINGKATAN PELAJAR) KE 32777

#AF2014 bersiaran secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104) dan Maya HD (saluran 135).

Saksikan Diari AF pada setiap Isnin hingga Jumaat bermula jam 9.00 malam manakala Konsert Mingguan AF akan bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) setiap Ahad, jam 9.00 malam.


Bagi merancakkan lagi musim ini, Konsert Pertama dan Minggu akhir #AF2014 akan ditayangkan secara serentak di tiga buah saluran iaitu Astro Ria (saluran 104), Astro Prima (saluran 105) dan Maya HD (saluran 135).
Untuk maklumat lanjut seperti berita terkini, gambar dan video menarik #AF2014, sila layariwww.af.com.my  atau tekan butang merah 'R' di alat kawalan jauh anda.
Sumber: Astrogempak

0 comments:

Post a Comment