Wednesday, September 3, 2014

Ewal Dijangka Beri Saingan Hebat Di Konsert Pertama #AF2014



KUALA LUMPUR, 3 SEPT 2014: Tinggal tiga hari sahaja lagi sebelum konsert pertama Akademi Fantasia 2014 (AF2014) yang bakal membuka tirainya pada Ahad ini.

Ramai yang tidak sabar untuk menunggu kehebatan 12 orang pelajar ini melakukan persembahan pada minggu yang pertama.

Antara nama yang sering disebut oleh pengikut media sosial Akademi Fantasia ialah Ewal atau nama sebenarnya Ikhwal Hafiz Ismail yang dijangka akan memberikan saingan hebat buat para pelajar #AF2014.

Malah, anak kepada bekas kumpulan Wings, Mel ini juga merupakan seorang penyanyi sebelum menyertai #AF2014.


Menurut Ewal, walaupun dia sudah bergelar penyanyi namun dia memilih untuk menyertai #AF2014 kerana ini merupakan platform yang besar untuk melangkah ke dalam industri hiburan.

“Saya telah menunggu lima tahun sebelum menyertai AF dan kini saya telah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk bersaing bersama-sama para pelajar yang lain.

“Saya harap dengan menyertai #AF2014 ini akan membuka jalan atau peluang kepada saya untuk menapak lebih jauh lagi dalam industri muzik.” katanya.

Tambah Ewal lagi, dia bersyukur kerana diberikan kepercayaan melalui bakatnya untuk menyertai #AF2014 dan berjanji akan memberikan persembahan yang terbaik.

Jom dengar suara Ewal menerusi video di bawah:


Sumber: Murai

0 comments:

Post a Comment