Monday, September 29, 2014

#AF2014: Muna tidak 'KEKAL' di konsert ke-4 Akademi Fantasia


Muna menjadi pelajar ketiga tersingkir di konsert ke-4 Akademi Fantasia 2014 yang berlangsung pada Ahad. Muna atau nama sebenarnya Muna Shahira Munadi mendendangkan lagu Kekal nyanyian asal Ziana Zain kurang mendapat undian dari penonton walaupun mendapat pujian dari juri.

Selain Muna, Nina dan Ziha adalah antara pelajar yang mendapat undian terendah pada konsert minggu ini. Penyingkiran Muna, 19 diumumkan oleh dua pengacara #AF2014 Zizan Razak dan Faizal Ismail.

Dengan tema Tribute Komposer,  pelajar-pelajar #AF2014 diberi tugasan untuk menyanyi semula lagu-lagu yang pernah dihasilkan oleh empat komposer terkenal tanah air iaitu  Saari Amri, Pak Ngah, Ajai dan juga Edry Abdul Halim.

Menarik di akhir konsert, 10 pelajar #AF2014 turut menyanyikan lagu-lagu yang pernah dicipta oleh komposer evergreen, Allahyarham JS Kevin antaranya adalah Mimpi Shakila dan Semangat yang hilang.


Tiga orang juri yang bertanggungjawab memberi komen kepada para pelajar di konsert kali ini ialah Datuk Ramli MS dan Raja Azura, manakala Ziana Zain selaku juri jemputan.

Konsert ini dimeriahkan dengan persembahan istimewa daripada kemunculan Jaclyn Victor dan bekas penyanyi kumpulan Wings yang juga bapa kepada Ewal, Mel.

Dengan penyingkiran Muna,  kini tinggal 9 pelajar yang akan meneruskan perjuangan menjadi juara #AF2014.

Mereka ialah Adel, Nina, Ziha, Nuha, Ewal, Firman, Aman, Azwan, dan Zarif.

Sumber: Astro Gempak

0 comments:

Post a Comment