Penyanyi Jaclyn Victor bakal melakar sejarah dalam karier muziknya apabila melancarkan lagu terbarunya 'Remedy' di lebih 80 platform digital mulai 10hb Julai 2014.
 
Dengan gabungan melodi dan lirik yang menggabungkan elemen pop, R&B dan muzik EDM, 'Remedy' dijangka bakal mendapat tempat dikalangan pendengar dan tidak mustahil dengan perancnagan rapi KRU Music, lagu ini turut akan mendapat tempat di persada muzik antarabangsa. 
 
Untuk itu, Jaclyn akan berada di Los Angeles, California dari 5hb hingga 13hb Julai 2014 untuk memperkenalkan lagu tersebut melalui pelbagai siri pertunjukan pentas serta temu ramah media. Program selama seminggu ini adalah antara promosi sulung sebelum diikuti dengan promosi susulan di peringkat antarabangsa yang telah dirancang oleh pihak pengurusan.
 
'Remedy' dipetik daripada album terbaru Jac yang berjudul 'Unleashed' yang akan berada di pasaran pada September 2014. Diterbitkan oleh Edry Abdul Halim, album ini turut menampilkan empat lagi lagu seperti 'Pinnacle', 'Sweeter Than A Dream', 'Over And Over' dan 'Delirious'. Album ini telah dirakamkan sepenuhnya di Kuala Lumpur manakala proses adunan dan 'mastering' telah dibuat di Los Angeles.

Sumber: Mediahiburan