Ketika lagu popularnya, 'All Of Me' mencipta fenomena di seluruh dunia, pelantun lagu tersebut, John Legend dijadualkan akan membuat persembahan di Malaysia pada 23 September depan.
 
Ini adalah persembahan keduanya di Malaysia selepas kali pertama datang ke negara ini pada 2008 dalam konsert di Sunburst KL Festival. Legend dijangka akan membuat persembahan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
 
Biarpun maklumat penuh konsert ini belum didedahkan secara rasmi, namun tiket untuk konsert tersebut akan mula dijual bermula 18 Julai ini. 
 
Sebelum dikenali dengan lagu 'All of Me', Legend telebih dahulu mencipta nama menerusi lagu-lagu popularnya seperti 'Stereo', 'Save Room', 'Ordinary People', 'used To Love You' dan banyak lagi.

Sumber: Mediahiburan