Monday, July 14, 2014

Jaclyn Victor Kini Ke LA ! Tahniah

KL, 14 JULAI 2014: Berbekalkan bakat serta vokal yang hebat, penyanyi Jaclyn Victor kini mula menyusun strategi baru dalam bidang nyanyian apabila memulakan langkahnya untuk menembusi pasaran antarabangsa menurut kenyataan media yang dihantar oleh pengurusunnya KRU Music.

Single terbaru yang dipertaruhkan Jaclyn Victor berjudul Remedy bakal diedarkan bermula 10 Julai 2014 di 80 platform digital dari mana sahaja anda berada.

Dengan gabungan melodi rancak berentak pop dan lirik menepati trend lagu terkini, Remedy disempurnakan dengan vokal hebat berentak r&b Jac beserta susunan muzik EDM (electronic dance music) mempunyai apa yang sering diperlukan untuk menjadikan single itu berjaya.

Ini merupakan salah satu pelan komprehensif telah disusun rapi oleh KRU Music untuk memasarkan lagu ini dipersada antarabangsa. Sebagai permulaan, Jaclyn kini berada di Los Angeles, California dari 5hb hingga 13hb Julai 2014 untuk memperkenalkan lagu tersebut melalui pelbagai siri pertunjukan pentas serta temuramah media.

Program selama seminggu ini adalah siri promosi yang pertama didalam pelbagai aktiviti promosi susulan diperingkat antarabangsa yang dirancangkan oleh pihak pengurusan label.

“Remedy” adalah salah satu single daripada album berjudul “Unleashed” yang akan berada dipasaran pada September 2014. Diterbitkan oleh penerbit/komposer prolifik yang telah memenangi pelbagai anugerah, Edry Abdul Halim, album ini turut menampilkan 4 lagi single yang bakal menjadi hit seperti “Pinnacle”, “Sweeter Than A Dream”, “Over And Over” and “Delirious”.

Album ini telah dirakamkan sepenuhnya di Kuala Lumpur manakala proses adunan dan “mastering” telah dibuat di Los Angeles. Jaclyn akan cuba dihubungi sebaik sahaja dia pulang bagi mendapatkan respon dan reaksi yang diberikan oleh orang di sana mengenai muzik dan suara yang dimilikinya.

Sumber: murai

0 comments:

Post a Comment