Memetik status yang dikongsi di akaun Facebook miliknya, Felixia Yeap telah selamat memeluk agama Islam tepat jam 6.30 petang, semalam. 
 
"Jam 6.30pm tadi...saya telah selamat mengucap syahadah saya di sebuah masjid di TTDI.
 
"Alhamdullilah...selamat bergelar seorang Muslimah walaupun diberi extra dugaan hari ini. Amat bersyukur dengan kawan2 yang hadir tadi," tulisnya. 
 
Biarpun belum mendedahkan nama Islamnya secara rasmi, menerusi kenyataan di blognya, Felexia lebih selesa mengekalkan nama Cinanya namun akan menambah nama kurniaan daripada mimpi di hadapan nama asalnya. 
 
Dalam pada itu, Felixia juga melahirkan rasa bersyukur kerana memeluk Islam di kala masyarakat Islam seluruh dunia sedang menyambut bulan penuh keberkatan, Ramadan.
 
Malah, model jelita ini mengakui sudah pun menunaikan rukun Islam yang ketiga sejak dari hari pertama Ramadan lagi.
 
"Apabila berpuasa, ia membuatkan saya lebih fokus sekali gus menyebabkan lebih tekun untuk membaca, mempelajari dan menambah ilmu Islam.
 
"Ibadah ini mengajar saya erti kesabaran dan bersyukur di atas nikmat kurniaan yang Allah SWT berikan.
 
Sumber: Mediahiburan