Sunday, June 22, 2014

Rita Rudaini Dedah Aidil Zafuan Dikongkong Isteri


Rita Rudaini

PETALING JAYA: Pelakon Rita Rudaini Mokhtar meminta suaminya, Adil Zafuan berubah untuk menjadi suami yang tegas dalam rumah tangga dan tidak membiarkan menjadi 'mangsa' dikongkong oleh isteri baharunya.

Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar, 38, berkata, bekas suaminya itu  akan terus berhadapan dengan masalah jika niatnya untuk berjumpa anak-anak terus dihalang.

"Saya sangkakan Aidil sudah berubah (perangai) lamanya. Rupa-rupanya tidak! Saya minta jadilah suami yang tegas. Awak kena ingat, awak tu bekas duda yang ada anak," sindir Rita.

Rita berkata demikian ketika menghubungi mStar Online pada Jumaat sebagai mengulas permintaan Aidil atau nama sebanrnya Aidil Zafuan Abdul Radzak, 27, yang meminta agar Rita tidak berterusan memburuk-burukan nama bekas suami sendiri dalam media massa.

Aidil dan Zarema bernikah pada 14 Mac lalu.

Aidil turut meminta Rita tidak menyalahkan isteri yang baru dikahwininya iaitu Zarema Zainal yang dikatakan menjadi punca dia sudah lama tidak berjumpa anak sendiri.

Terdahulu menerusi mStar Online Khamis lalu Rita mendedahkan Aidil sudah lupa tanggungjawabnya untuk menjenguk anak-anak sejak mendirikan rumah tangga.

Dalam perkambangan berkaitan Rita mendedahkan Aidil pernah mengadu sikap Zarema yang telah menyekat aplikasi WeChat dan WhatsApp mereka berdua kerana cemburu.

Malah Zarema juga menurut Rita bimbang seandainya Aidil masih menghubunginya untuk bertanya khabar sehinggakan semua mesej di telefon bimbit Aidil diperiksa oleh wanita itu.

"Saya tak akan mereka cerita sendiri tetapi perkara ini didedahkan oleh Aidil kepada saya. Aidil dan isterinya pernah bergaduh besar kerana sikap Zarema yang cemburu sehinggakan segala mesej di telefon Aidil disemaknya.

"Pernah pada satu malam saya mendapat banyak kali panggilan telefon daripada salah satu daripada nombor milik Aidil tetapi apabila saya jawab, tiada suara yang menyahutnya,” kata Rita.

Jelasnya, selepas membuat panggilan menerusi satu lagi nombor telefon Aidil dan memberitahu kejadian itu, Aidil agak terkejut sambil memberitahu kad sim untuk nombor telefon berkenaan dipegang oleh Zarema.

Rita turut menambah,  Zarema pernah mengawal telefon milik Aidil terutamnya semasa sambutan ulang tahun Rita yang ke 38 pada 11 April lalu kerana bimbang Aidil akan menghantar mesej  ucapan "happy birthday" untuk Rita.

"Selepas dari tarikh 11 April itu, Aidil tidak lagi menghubungi saya untuk bercakap atau pun membuat panggilan video dengan anak-anaknya yang berada bersama saya. Jadi, saya fahamlah dia sudah sukar untuk berhubung dengan anak-anaknya kerana masalah berkenaan,” dedah Rita lagi. berita penuh
Sumber: Mstar

0 comments:

Post a Comment