Sunday, May 4, 2014

Brian McKnight Bikin Konsert Di PWTC 9 Mei Ini

Penyanyi antarabangsa Brian McKnight bakal mengadakan persembahan menerusi konsert More Than Words - An Intimate Evening with Brian McKnight, yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dekat sini pada 9 Mei ini.

Menurut penganjurnya, JAG Concerts & Events, ini merupakan konsert pertama penyanyi itu di negara ini dan para peminat bakal menyaksikan Brian mendendangkan lagu-lagu hits sepanjang karier seninya.

“Ini merupakan pertama kali Brian mengadakan konsert di negara ini dan dia begitu teruja  untuk beraksi di hadapan penonton-penonton Malaysia.
bdsgs

“Para peminat bakal mengimbau kembali memori bersama Brian menerusi lagu popularnya, Back at Oneyang dikeluarkan oleh Motown Records pada tahun 1999 dimana ketika itu ia terjual lebih tiga juta salinan di seluruh dunia,” kata penganjur konsert itu kepadamStar Online menerusi e-mel yang diberikan.

Brian merupakan seorang penyanyi yang berjaya menempa nama dalam sejarah muzik kontemporari setelah setelah mengeluarkan 15 album dengan mencatat jualan album melebihi 20 juta unit di seluruh dunia.

Tiket konsert berharga RM150, RM200, RM350, RM550, RM850 dan RM1,250 boleh dibeli secara talian www.jagtickets.com

0 comments:

Post a Comment