Thursday, April 10, 2014

'The Descendant' Terima 12 Pencalonan Golden Awards 2014

The Descendant

Drama bersiri The Descendant  antara karya yang menerima 12 pencalonan iaitu kedudukan 10 teratas pada acara Golden Awards 2014 yang bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 20 September depan.

Drama arahan Jason Kok itu turut menerima pencalonan dalam kategori seperti Drama Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Lakon Layar Terbaik dan Pelakon Pembantu Lelaki dan Wanita Terbaik.

Jason turut dicalonkan dalam kategori Pengarah Terbaik menerusi karyanya itu dan sebuah lagi drama berdiri berjudul The Undercover.

Nama lain yang turut tercalon dalam kategori sama disamping Jason adalah seperti Chan Wai Cheong, Tham Siew Ngoy, Ang Yee Sien dan Chong See Lin.

Manakala drama bersiri Mining Magnet  dan The Undercover masing-masing menerima 11 dan 10 pencalonan pada anugerah itu termasuk Drama Terbaik.

Sumber: Mstar

0 comments:

Post a Comment