Wednesday, April 2, 2014

MH370: Karnival Jom Heboh 2014 Di Terengganu DiTangguh


Berikutan tragedi yang menimpa pesawat MH370, Karnival Jom Heboh 2014 yang bakal berlangsung di negeri Terengganu pada 28 dan 29 Mac 2014 telah ditunda sehingga satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

“Kami di Media Prima Berhad turut berkongsi kesedihan dan bersimpati dengan tragedi yang berlaku terhadap penumpang dan anak kapal pesawat MH370. Oleh itu, kami telah menundakan penganjuran karnival Jom Heboh di negeri Terengganu kerana tidak wajar bagi TV3 untuk meneruskan penganjuran pada hari Jumaat dan Sabtu ini ketika satu Malaysia dan juga satu dunia berada dalam kesedihan," Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar.

Walaupun karnival ini ditunda, majlis bacaan yasin yang telah diaturkan oleh pihak TV3 di Masjid Tengku Tengah Zaharah, Kuala Terengganu pada 27 Mac 2014 masih diteruskan. Selain itu, Media Prima turut mengadakan majlis bacaan yasin di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada hari yang sama pada jam 7.00 malam.

Dalam pada itu, rangkaian televisyen Media Prima turut melakukan perubahan dalam susunan program dengan menggugurkan program hiburan yang tidak bersesuaian. Buat masa ini, program yang disiarkan di TV3, ntv7, 8TV dan TV9 lebih tertumpu kepada laporan khas tentang tragedi MH370 serta program ilmiah dan keagamaan.

Sumber: Media Hiburan

0 comments:

Post a Comment