Tuesday, April 1, 2014

Kilafairy Gantikan Hanez Suraya Dalam Projek Kahwin

Kilafairy
Kilafairy

Pelakon Kilafairy ditawarkan menggantikan tempat Hanez Suraya dalam pementasan teater Projek Kahwin yang akan dipentaskan  di Panggung Sari, Istana Budaya pada Jun ini.

Ia berikutan selepas Hanez membuat keputusan menarik diri daripada pementasan teater tersebut gara-gara kontroversi percintaannya dengan ahli perniagaan, Romie Razin Adilha yang masih bergelar suami.

Penerbit teater tersebut, Mohd Amer Shafiq Khalip atau lebih dikenali sebagai Shawn Amer berkata, bagaimanapun pihaknya di bawah syarikat Mask Team itu belum 'mengikat' aktres itu menerusi sebarang perjanjian kontrak lagi.

"Tidak dinafikan, Kilafairy antara pelakon yang disenarai pendek untuk menggalas watak Hanez sebagai Nisa. Tetapi kami belum membuat sebarang ikatan kontrak lagi.

"Dalam pada itu, pihak kami turut membuat senarai pendek beberapa pelakon lain yang sesuai untuk menggalas watak tersebut. baca artikel penuh

Sumber: Mstar

0 comments:

Post a Comment