Saturday, April 5, 2014

Julfekar Sah Suami Min Yasmin


Komposer Julfekar sah bergelar suami kepada penyanyi Nurul Yasmin Abdul Aziz atau Min Yasmin, 25, dengan sekali lafaz di Masjid Kota Damansara, di sini, pada Jumaat.

Majlis akad nikah yang berlangsung kira-kira pukul 3.40 petang disempurnakan oleh Penolong Pendaftar Nikah Masjid Kota Damansara, Mohd Arip Johdi.

Min Yasmin diwalikan oleh bapanya Abdul Aziz.

Pada majlis itu Julfekar atau nama sebenarnya Julfekar Ahmad Shah, 49, menyerahkan mas kahwin bernilai RM1000, manakala wang hantaran dirahsiakan.

Pihak lelaki turut memberikan tujuh dulang hantaran antaranya minyak wangi, beg tangan, sejadah, Al Quran, kasut, kek dan cincin,

Ia dibalas sembilan dulang hantaran oleh pengantin perempuan antaranya sirih junjung, buah-buahan, Al-Quran, dompet dan tali pinggang, sejadah, kasut, cincin, baju kemeja dan kek.

Pasangan mempelai kelihatan anggun mengenakan busana berwarna putih daripada butik N'dah.

Ini merupakan perkahwinan kedua buat Julfekar dan yang pertama buat Min Yasmin.

Komposer tersebut turut mempunyai empat orang anak hasil perkahwinannya yang terdahulu.

Sumber: Mstar

0 comments:

Post a Comment