Saturday, March 1, 2014

ZIELA JALIL BERTANGGUNGJAWAB DAMAIKAN LISDAWATI DAN SHARNAAZ


Meskipun penggambaran drama bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta sudah pun tamat, namun sebagai produser, Pena Creative Pictures Sdn Bhd, Ziela Jalil akui akan cuba bertanggungjawab mendamaikan pertelingkahan yang berlaku antara pelakon Lisdawati dan Sharnaaz Ahmad.
Ziela Jalil berkata dia pasti apa yang berlaku hanya salah faham kecil di antara mereka kerana sebelum ini iaitu selama lebih 3 bulan melalui penggambaran kedua-dua pelakon itu tidak menunjukan sebarang masalah.

"Sebenarnya, saya sendiri tidak tahu menahu mengenai apa yang berlaku sehingga diberitahu mengenai berita dakwaan Lisdawati yang diserang Sharnaaz dalam sebuah akhbar.

"Saya sendiri terkejut kerana selama ini tiada siapa termasuk krew memberitahu mengenai apa yang berlaku di antara mereka, malah kedua-dua pelakon ini pun tidak ada mengadu apa-apa kepada saya.

"Tapi oleh kerana pertelingkahan itu berlaku di lokasi penggambaran produksi saya, jadi sebagai produser saya rasa bertanggungjawab untuk cuba bertanyakan apa masalah mereka berdua serta mendamaikan sehingga boleh berlaku begitu," katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.

Ziela diminta mengulas selepas Lisdawati mendakwa dia telah diserang oleh Sharnaaz di lokasi penggambaran drama bersiri tersebut dalam sebuah laporan.

Sharnaaz bagaimana pun menafikan dakwaan tersebut dan akui Lisdawati cuba memfitnahnya.

Dalam pada itu, Ziela memberitahu dia tidak merasakan Sharnaaz boleh bertindak sebegitu kerana mengenali pelakon tersebut aktor itu seorang yang tenang dan menghormati orang lain serta menganggap ianya sebagai salah faham sahaja.

"Mengenali Sharnaaz, dia bukanlah seorang yang panas baran dan sentiasa commited dan disiplin dalam kerjanya, bila jadi isu yang saya anggap kecil dan mungkin salah faham kini namanya semakin buruk.

"Begitu juga dengan Lisdawati, dia bukan seorang yang suka bergaduh dan saya harap ianya dapat diselesaikan," jelasnya lagi.

Bukan Kerana Aku Tak Cinta yang turut dibintangi oleh Nelydia Senrose kini sedang ditayangkan di Astro Mustika HD.

Sumber: Murai

0 comments:

Post a Comment