Thursday, March 27, 2014

Pekin & Uqasha Bakal Kahwin Tahun Depan


Pelakon Pekin Ibrahim yang kini sedang menjalani hubungan cinta bersama Uqasha Senrose mengakui sudah memilih tarikh untuk melangsungkan majlis perkahwinan mereka.

Pun begitu, pelakon ini masih belum bersedia untuk mendedahkan tarikh keramat yang dijadualkan pada tahun hadapan itu kerana menghormati permintaan keluarga.

“InshaAllah, kami akan berkahwin tahun depan. Tapi keluarga saya masih tidak benarkan saya mengumumkan tarikh perkahwinan kami,” ujarnya yang ditemui di majlis tayangan filem Tokan, minggu lalu.

Untuk rekod, Pekin dan Uqasha telah mengikat tali pertunangan pada 6 Julai lalu.

Sumber: Media Hiburan

0 comments:

Post a Comment