Wednesday, March 26, 2014

MH370: Anuar Zain Sebak Terkenang Rakan Lama Mangsa

Penyanyi Anuar Zain sentiasa terkenangkan dua rakan lamanya iaitu Ketua Pramugara, Andrew Nari dan penyelia, Patrick Francis Gomes yang berada dalam pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang dilaporkan hilang sejak 8 Mac lalu.

Anuar, 44, berkata, walaupun hubungan mereka tidak begitu akrab namun mereka pernah bekerjasama dan kebaikan kedua-dua lelaki tersebut sentiasa diingatinya sepanjang berkhidmat dengan syarikat penerbangan itu dari tahun 1990 hingga 2000.

Andrew banyak membentuk saya dalam menjadi seorang pramugara yang baik ketika itu dan dia seorang yang cukup merendah diri dan mesra berbanding orang lain.

"Manakala Patrick saya mengingatinya sebagai seorang yang cukup berdedikasi dan sangat mementingkan keselamatan penumpang ketika berada di udara.

Anuar ditemui pada majlis sidang di  Zebra Square di sini, Selasa berhubung  penundaan persembahan Minggu Setiausaha yang disertainya iaitu 'Terindah... Anuar Zain'

Ia sepatutnya diadakan pada 8 April  tetapi terpaksa ditunda kepada 29 April depan. Keputusan itu dibuat bagi menghormati nasib yang menimpa 239 penumpang dan anak-anak kapal pesawat MH370 selain keluarga mereka yang terlibat.

Sumber: Mstar

0 comments:

Post a Comment