Thursday, March 20, 2014

Hanez Suraya Bukan Lagi Duta Aura White


Memang sedih namun inilah yang harus ditempuhi oleh Hanez Suraya ekoran kontroversinya dengan suami orang. Menurut Berita Harian semalam, kontrak Hanez sebagai duta Aura White telah pun ditamatkan kerana kontroversi tersebut sedikit sebanyak memberi impak negatif kepada produk kecantikan itu.

Untuk makluman, Hanez Suraya telah dilantik sebagai duta dan jurucakap produk Aura White sejak setahun yang lalu. Pembatalan kontrak ini adalah satu langkah bijak oleh pihak pengurusan produk kecantikan ini kerana sebelum ini ada peminat yang fanatik telah mengajak pemboikotan produk ini kerana dutanya adalah Hanez Suraya.

0 comments:

Post a Comment