Sunday, March 30, 2014

David Teo Jadi Penyanyi, Rakam Lagu Rap

Penerbit filem Metrowealth International Group (MIG)  David Teo, melakukan percubaan berani apabila berganding dengan penyanyi Fida Ibrahim untuk projek terbaharunya bagi menghasilkan single lagu pertama berjudul Kacang.


Bagaimanapun, David yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif  MIG berkata, lagu mempunyai lirik membawa maksud seperti peribahasa Kacang Lupakan Kulit  itu tidak bertujuan untuk menyindir mana-mana pihak.

"Saya rasa ingin menyanyi selepas melihat AC Mizal berjaya menyanyikan lagu Apo Keno Eh Jang dengan baik dan diterima masyarakat. Saya hanya nyanyi bahagian rap sahaja seperti AC Mizal.

"Lagu ini ciptaan  Cat Farish dan ia menceritakan tentang perihal Kacang Lupakan Kulit, namun, saya tidak tujukan kepada sesiapa. Ia sebagai pengajaran kepada semua yang mendengar agar tidak jadi seperti maksud peribahasa ini," katanya kepada Mstar Online.

Tambah David, single pertama ini sudah siap dirakam dan kini dalam proses akhir sebelum ia diedar kepada stesen radio.

Katanya, ia merupakan sebuah projek serius yang ingin dipertandingkan dalam Anugerah Industri Muzik (AIM) akan datang. baca artikel penuh

Sumber: Mstar

0 comments:

Post a Comment