Saturday, March 1, 2014

Beyonce belanja RM2,000 di McDonald’s

Beyonce menghabiskan RM2,000 untuk membeli makanan di McDonald’s selepas tamat persembahan dalam konsert jelajahnya di Manchester.

Seorang wanita ­tempatan berkata, dia singgah di McDonald’s untuk membeli burger namun ­pekerja di situ memaklumkan mereka kehabisan salad.


“Mereka kelihatan ­letih menyediakan makanan untuk penumpang 11 bas itu. Seorang daripada ­mereka memberitahu dia diberi tugas menyediakan 50 kotak kentang bersaiz besar, 22 kotak McNugget dan 26 Big Mac. Beyonce juga memesan semua salad yang ada,” katanya.

Penyanyi lagu Drunk In Love itu memang ­terkenal dengan sikapnya yang suka memanjakan kru serta penari untuk ­konsert jelajahnya. Sebelum ini, dia pernah membelanjakan kira-kira RM4,900 membeli makanan di ­restoran Nando’s.

Sumber: Hmetro

0 comments:

Post a Comment