Sunday, March 23, 2014

Awi Rafael & Fazli Zainal Dedikasi Lagu Untuk MH370

Pelbagai cara dilakukan oleh masyarakat untuk berkongsi kesedihan dengan kehilangan pesawat MH370. Golongan artis juga tidak terkecuali menyumbangkan bakat yang dimiliki untuk berkongsi harapan dan doa agar insiden ini berakhir dengan noktah gembira.

Terbaru, penyanyi Awi Rafael telah melancarkan lagu berjudul 'Jangan Takut' yang didedikasikan untuk keluarga dan semua individu yang terlibat dalam tragedi ini. Setiap bait lirik lagu ini menyampaikan satu harapan agar pesawat ini dapat dijumpai dalam keadaan selamat.

Harapan sama turut dikongsi oleh penyanyi Fazli Zainal yang merakamkan semula lagu nyanyian Maher Zain 'InsyaAllah' dengan versi akustik.

Semoga dengan sokongan dan doa daripada semua, MH370 dapat kembali dalam keadaan selamat.




Sumber: Mediahiburan

0 comments:

Post a Comment