Wednesday, February 26, 2014

'The Journey' Filem Terlaris Malaysia!

The Journey

Filem terbaru terbitan Astro Shaw dan Woohoo Pictures, 'The Journey' mencipta sejarah baru dunia perfileman tanah air apabila diumumkan sebagai filem tempatan paling laris apabila mengumpul kutipan sebanyak RM12.92 juta sehingga 23 Februari 2014.

Kutipan filem ini berjaya mengenepikan filem arahan Syamsul Yusof, 'KL Gangster' yang meraih kutipan RM11.74 juta pada tahun 2011.

“Terima kasih kerana menjadikan filem The Journey sebagai filem paling laris dalam sejarah. Pihak produksi filem ini termasuk pelakon dan pekerja filem merasa bersyukur dan terkejut dengan sokongan yang tidak berbelah bagi daripada penonton yang terdiri daripada pelbagai latar belakang yang tidak henti-henti mempromosikan filem ini menerusi Facebook, Twitter, Instagram dan perbualan harian mereka," ujar pengarah filem tersebut, Chiu Keng Guan.

'The Journey' mengisahkan seorang bapa konservatif yang tidak bersetuju apabila anak perempuannya mahu berkahwin dengan seorang bangsa asing. Filem ini berlatar belakangkan kepentingan konsep kekeluargaan, tema universal yang relevan kepada semua budaya tanpa mengira latar belakang dan bangsa.

Walaupun sudah 25 hari ditayangkan, filem ini masih boleh ditonton di pawagam seluruh negara dan bakal memasuki tayangan di Singapura pada bulan Mac depan.

Jom tonton trailer:


Sumber: mediahiburan

0 comments:

Post a Comment