Wednesday, February 19, 2014

SIMON COWELL DIKURNIAKAN BAYI LELAKI

Simon Cowell
Pengkritik muzik paling laser kelahiran British, Simon Cowell adalah orang yang sangat gembira pada saat ini, lebih-lebih lagi selepas dia dikurniakan seorang bayi lelaki hasil hubungannya bersama teman wanitanya, Lauren Silverman.

Menerusi laman Twitter miliknya, Simon Cowell telah berkongsi gambar bayi lelakinya pada Ahad lalu.

"Sekarang..anda boleh melihat betapa kacaknya si kecil Eric," kata Simon Cowell yang sudah pun menamakan anak tersebut dengan nama yang disukainya.

Simon Cowell dan Lauren Silevrman telah memperolehi cahaya mata yang pertama itu pada Hari Kekasih yang jatuh pada tanggal 14 Februari lalu.

"Eric telah dilahirkan pada jam 5.45 petang. Sihat dan kacak. Ibunya, Lauren pula berada dalam keadaan yang baik. Terima kasih kepada semua yang memberikan ucapan tahniah," kata Simon lagi.

Pasangan ini menamakan anak pertama mereka itu sempena nama bapa Simon Cowell, Eric Selig Phillip Cowell yang meninggal dunia pada 1999.

Sumber: Murai

0 comments:

Post a Comment