Monday, February 17, 2014

RAJA AZMI TUNAI UMRAH DENGAN 4 RAKAN LAMANYA


Setelah menerbitkan Konsert Gelombang Salamiah Hassan dengan penuh sukses pada awal Januari ini, Raja Azmi dalam diam-diam mengerjakan umrah di Tanah Suci Mekah bersama 4 rakannya yang sudah sekian lama dikenalinya sejak dia masih bujang lagi.

Raja Azmi ke sana pada 11 Februari lalu dan bakal pulang ke tanah air semula pada 23 Februari ini. Murai batu diberitahu, Raja Azmi memang sudah lama menyimpan hasrat untuk menunaikan umrah.

Malah, sepatutnya Raja Azmi sudah menunaikan umrah sejak 2011 lagi. Tapi, malangnya ketika itu visanya tidak lepas, maka hasratnya untuk menjadi tetamu Allah pada waktu itu tidak kesampaiannya.

Selepas 3 tahun, akhirnya barulah Raja Azmi berjaya menunaikan hasratnya itu dan khabarnya dia memang teruja untuk ke sana dan melihat sendiri kebesaran Tuhan di bumi yang penuh suci itu serta melakukan ibadah-ibadah yang sememangnya dituntut. Baca artikel Penuh

Sumber: Murai

0 comments:

Post a Comment