Wednesday, February 19, 2014

Penjelasan Suhada AF2013 Isu Curi Basikal

Suhada AF2013

Berita penangkapan bekas Pelajar Akademi Fantasia 2013, Suhada kerana didakwa mencuri basikal dan pecah premis semalam menjadi topik bualan hangat peminat di laman sosial.

Bekas Pelajar Akademi Fantasia 2013, Suhada, Suhada didakwa mencuri basikal dan pecah premis, hiburan, berita, gossip, Penjelasan Suhada AF2013 Isu Curi Basikal

Ramai tidak percaya Suhada sanggup melakukan perbuatan tidak bermoral itu memandangkan reputasinya sebagai artis kelahiran program realiti Akademi Fantasia 2013.

Menerusi group Facebook Borneo Crew yang merupakan milik rakan dan adik Suhada, mereka mendedahkan Suhada tidak mencuri basikal bernilai RM14,000 seperti yang didakwa kerana dia dikatakan diperangkap oleh suspek utama dikenali Boy Katak.

Jelas mereka lagi, dalang utama itu mempunyai lebih daripada empat rekod tangkapan polis. Sebelum ini, Boy Katak pernah ditahan kerana terlibat dalam kes melarikan wang, hisap syabu, mencuri kereta dan berkerja dengan along.

Mari ikuti penjelasan lebih lanjut dari pihak Suhada berhubung tuduhan ditangkap kerana mencuri basikal dan pecah masuk premis.

"Harap maklum kes ini masih dalam penyiasatan dan sebarang komen negatif yang tidak berasas akan direkodkan untuk tindakan.

Untuk makluman Suhada AF2013 menjadi mangsa keadaan apabila berada bersama dengan suspek utama iaitu DALANG di sebalik kejadian ini yang bernama BOY KATAK yang mana mempunyai lebih daripada 4 rekod tangkapan polis. BOY KATAK telah memerangkap dan memperguna Suhada atas sebab dan motif tertentu yang mana pada awal tahun lepas abang kepada Suhada membuat laporan polis terhadap Boy Katak kerana mencuri dan membawa lari kereta abang Suhada.

Dan laporan kali kedua terhadap Boy Katak kerana membuat kacau di hadapan rumah di bawah pengaruh dadah. Tuduhan terhadap basikal tersebut adalah tidak benar kerana suhada mampu membeli basikal tersebut dengan harga 10 kali ganda. Sebelum ini BOY KATAK telah ditahan atas tuduhan melarikan wang, syabu, curi kereta dan berkerja dengan along. Kepada sesiapa yg tidak mengetahui cerita sebenar di sebalik kejadian ini diharap tidak tuduh meluluh dan panel peguam telah dilantik bagi pihak Suhada.

Sehubungan dengan itu, marilah kita sama-sama mendoakan semoga Allah SWT melindungi Suhada."

Semoga dengan penjelasan Borneo Crew yang panjang lebar ini akan sedikit sebanyak akan meredakan sebarang spekulasi dan gosip media hiburan yang dilemparkan terhadap dirinya sejak semalam. Baca artikel sebelum

0 comments:

Post a Comment