Monday, February 24, 2014

Liza Abdullah DiCerai Talak Satu

Pelakon terkenal 80-an Liza Abdullah sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini kira-kira pukul 3.05 petang pada Isnin.

Lafaz berkenaan dibuat oleh suaminya selaku defendan, Zolkifli Abdul Rahman, 58, di hadapan Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin selepas dia bersetuju untuk menceraikan isterinya secara baik.

Suasana di dalam kamar mahkamah pilu apabila pasangan itu menangis teresak-esak sambil berpelukan sebelum lafaz cerai dibuat.

Dua anak pasangan itu, Zulhaffiz Zarriq, 25, dan Nurwafiez Syahiddah, 21, turut kelihatan menitiskan air mata di ruang tempat duduk ketika lafaz dibuat bapa mereka.

Terdahulu, pasangan berkenaan mengakui sudah tidak tinggal sebumbung sejak beberapa tahun lalu selain mengalami konflik berpanjangan dalam rumah tangga mereka.


Dalam pada itu, Shaiful Azli memerintahkan Liza supaya menjalani edah selama tiga kali suci selain perceraian mereka didaftarkan di Pejabat Agama Daerah Gombak Timur, di sini. Baca artikel penuh

Source: Mstar

0 comments:

Post a Comment