Sunday, February 16, 2014

Keith Foo menaikkan namanya menerusi drama rantaian popular Ariana Rose ?

Ariana Rose

Watak Tengku Adam Kamil menerusi drama rantaian popular Ariana Rose yang berakhir Khamis lalu, melonjakkan nama Keith Foo dalam industri hiburan tanah air.

Ramai mula memberi perhatian terhadap pelakon yang terlebih dulu mencipta nama di Indonesia ini. Bahkan, ada yang jatuh cinta hingga meletakkan sasaran mahu mencari pasangan hidup seperti karakter itu. Perasaan ‘cinta’ yang wujud itu terbawa-bawa hingga ada segelintir penonton mengkritik teman wanita Keith tidak secantik Ariana Rose lakonan Nur Fathia. Bagi Keith, komen itu tidak memberi kesan kepadanya dan kekasih kerana dari awal hubungan mereka bersedia dengan segala kemungkinan, termasuk dicemuh kerana kehidupan anak seni memang tidak lepas dengan dugaan itu.


Katanya, tiada istilah kecil hati atau terguris dengan komen negatif itu, sebaliknya dia melihat ia sebagai usikan nakal atau luahan perasaan si penulis kerana terlalu meminati watak Adam dan Ariana. “Kekasih saya tak ambil hati dengan cemuhan itu. Saya juga tak ambil kisah pandangan orang terhadap dia. Kecantikan itu subjektif, di mata saya, dia wanita paling cantik. “Saya faham kadangkala penonton terbawa-bawa hingga terlupa Adam dan Ariana adalah watak yang dicipta penulis,” katanya ketika ditemui di set penggambaran telefilem Di Atas Kertas arahan Raja Ahmad Alauddin di Seksyen 7, Shah Alam, Rabu lalu. Terbuka berkongsi kisah cintanya, Keith berkata, dia mengenali teman wanitanya sejak 10 tahun lalu, namun ketika itu hanya sebagai teman rapat. baca lagi

source: Hmetro

1 comments: