Friday, February 28, 2014

Hafiz Suip Mempunyai Kekasih ?

Penyanyi Hafiz Suip membuat pengakuan sedang berkawan rapat dengan seorang wanita yang dikenalinya sejak empat tahun lalu namun masih belum bersedia mendedahkan identiti individu berkenaan.

Hafiz AF

Hafiz atau nama sebenarnya, Mohd Hafiz Mohd Suip, 24, berkata, dia terpaksa merahsiakan individu itu kerana menghormati privasi wanita tersebut selain mengambil kira statusnya yang masih seorang penuntut di sebuah universiti tempatan.

"Apa yang boleh saya katakan kami sedang berkawan malah telah mengenali sejak empat tahun lalu tetapi demi menghormatinya dan keluarga saya tidak dapat mendedahkan identiti dia buat masa ini," katanya kepada mStar Online.

Hafiz ditemui pada majlis doa kesyukuran bersempena kejayaannya sepanjang 2013 yang diadakan di Hotel Hilton di sini pada malam Rabu.

Penyanyi lagu Ku Akui itu mengulas gosip yang mengatakan dia dan wanita berkenaan hadir sewaktu pertandingan akhir Maharaja Lawak Mega 2013 baru-baru ini.

Dalam perkembangan sama, Hafiz berkata, buat masa ini masih terlalu awal untuk dia bercakap mengenai perkembangan hubungan mereka kerana ia masih di peringkat awal. Baca artikel penuh

Sumber: Mstar

0 comments:

Post a Comment