Tuesday, February 4, 2014

AJL28 - LY Tepis Tuduhan TV3 Utamakan Hafiz

Komposer LY mengakui terdapat gangguan teknikal ketika namanya dan isteri, Baiduri diumumkan sebagai pemenang Anugerah Juara Lagu ke28 (AJL28) pada 26 Januari lalu sehingga menyebabkan mereka lewat untuk naik ke atas pentas.


LY atau nama sebenar Rozman Shafie, 52, berkata, ia bukan kesalahan pihak TV3 dengan sengaja untuk memberi peluang kepada penyanyi lagu Bahagiamu Deritaku Hafiz berucap pada malam tersebut.

"Pada malam kemenangan itu ada kesilapan teknikal yang mana isteri saya Baiduri sukar ke pentas kerana kedudukan kerusi kami sehingga menyebabkan kami agak mengambil masa menuju ke pentas. Walhal memang penganjur menyebut nama komposer dahulu diikuti penulis lirik dan kemudian baru penyanyi.

"Pada saya tindakan Hafiz tidak salah kerana dia berucap bagi mewakili kami kerana ketika itu juga program tersebut sudah kesuntukan masa dan Hafiz sudah memang berada di atas pentas,"

"Program AJL merupakan satu-satunya pertandingan lagu yang mengangkat pencipta-pencipta lagu tempatan dalam kes ini saya tidak rasa pihak penganjur berniat untuk menonjolkan penyanyi semata-mata.

Hafiz

"Apa yang diucap oleh Hafiz pada malam itu juga tidak salah kerana memang kami juga sepatutnya berterima kasih kepada peminat Hafiz yang menyokong dan suka lagu ini sehingga lagu ini berada di tempat sekarang," katanya.

Sementara itu, LY turut mengakui populariti dan kehebatan seseorang penyanyi turut mampu mengangkat sesebuah lagu untuk berada di tempat paling tinggi.

Source: Mstar

0 comments:

Post a Comment