Wednesday, January 15, 2014

Ulasan Konsert Gelombang Salamiah Hassan 2014

Salamiah hassan

PADA mulanya tidak banyak ekspektasi positif lahir daripada penggemar seni persembahan pentas apabila penyanyi Salamiah Hassan menyatakan impiannya untuk mengadakan konsert solo. Tambah pula ia diadakan di Istana Budaya.

Ramai yang beranggapan, pada usia 50-an, penyanyi itu tempatnya di rumah, bukan lagi tergedik-gedik di atas pentas. Malangnya jangkaan itu meleset sama sekali apabila Salamiah mula membuka mulut.

Dalam konsert itu, Salamiah memperdengarkan vokal lunaknya dengan penuh dinamik dan bertenaga. Ada suatu aura padu yang berjaya menakluk seisi panggung.

Salamiah mengimbau sejarah awalnya menyertai pertandingan Bakat TV 1971 menerusi lagu If You Go Away sekali gus membuka tirai konsertnya.

Sumber: Kosmo

1 comments:

  1. Ramai yang beranggapan, pada usia 50-an, penyanyi itu tempatnya di rumah, bukan lagi tergedik-gedik di atas pentas. Malangnya jangkaan itu meleset sama sekali apabila Salamiah mula membuka mulut.
    razai for heavy winter ,
    cotton razai double bed ,

    ReplyDelete