Friday, May 18, 2012

Yuna rugi RM5,000 kereta dipecah masuk

#Yuna rugi RM5,000 kereta dipecah masuk



Penyanyi terkenal, Yuna, 26, mengalami kerugian lebih RM5,000 selepas kereta Mitsubishi ASX miliknya dipecah masuk dalam kejadian di Subang Jaya, dekat sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, kereta milik Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai itu dikatakan dipandu seorang rakannya yang juga pemain gitar bagi kumpulan muziknya, Farhan Fadzlishah atau dikenali Pa’an sebelum dibawa pulang ke rumah gitaris itu di USJ6/6N, Subang Jaya.

Menurut sumber, ketika kejadian hujan lebat dan gitaris itu terdengar bunyi bising di bahagian garaj sebelum turun ke bawah untuk memeriksa.
Apabila diteliti, Pa’an ternampak dua kelibat lelaki sedang memecahkan cermin kereta belakang milik Yuna, manakala dua lagi lelaki bermotosikal menunggu di luar pintu pagar.

Sumber berkata, kejadian samun itu menyebabkan gitar milik penyanyi baru yang juga anak didik Yuna, Diandra Arjunaidi hilang selain radio kereta milik Yuna yang turut dicuri. more

source: myMetro



0 comments:

Post a Comment