Wednesday, May 30, 2012

Konsert Lady Gaga Di Jakarta Batal


JAKARTA 28 MEI 2012: Setelah pelbagai spekulasi yang tidak elok didengar mengenai Lady Gaga, akhirnya sah mengatakan bahawa konsert mega star yang sepatutnya diadakan di Jakarta pada 3 Jun ini telah dibatalkan atas desakan ramai pihak.

Lady Gaga sendiri dilaporkan sangat kecewa dengan keputusan yang terpaksa diterimanya itu.
Khabarnya, polis di Indonesia telah menolak untuk mengeluarkan permit konsert yang menampilkan penyanyi yang mempunyai pengikut tertinggi di Twitter iaitu lebih 25 juta orang.

Ramai pihak di negara seberang, telah menyelar penyanyi popular itu dengan menyifatkannya terlalu vulgar (seksi).

Sebagai negara yang mempunyai masyarakat Islam teramai di dunia, perkara ini dipandang serius oleh Front Pembela Islam (FPI).

FPI dikatakan telah mengugut untuk menghalang Lady Gaga daripada menjejakkan kaki ke bumi Indonesia.
Lebih 50,000 tiket telah dijual dan pihak penganjur khabarnya akan memulangkan semula wang kepada pembeli. more #ladygaga

source:
gua.my

0 comments:

Post a Comment