Saturday, January 29, 2011

PERHATIAN: Sila sebarkan sekiranya nampak MYVi Putih No.Plat: WUS948

FYI: Sila sebarkan sekiranya nmpak (nampak) MYVi Putih No.Plat: WUS948

** Rupanya SMS/update kat facebook/twitter palsu..ayooo macam2 da ***


Petikan dari
Bernama

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkata dakwaan berlakunya satu kes penculikan kanak-kanak di Puchong dekat sini yang disebarkan melalui internet dan khidmat pesanan ringkas (SMS) hari ini adalah palsu.
"PDRM menasihatkan anda semua untuk tidak terus menyebarkan spekulasi dan insiden yang diwar-warkan. Terima kasih," kata PDRM dalam laman sosialnya. Media cetak dan elektronik dan orang awam di sekitar pusat bandar raya Jumaat pagi gempar dengan dakwaan berlakunya penculikan itu.

SMS yang diedarkan berbunyi,
"PERHATIAN: Sila sebarkan sekiranya nmpak (nampak) MYVi Putih No.Plat: WUS948 yang dipercayai dipandu oleh seorang lelaki berambut panjang atau wanita bertudung sila hubungi En. Rashid 0196267828.

"Suspek telah melarikan seorang bayi berusia setahun yang ada di dalam kereta ketika pemilik kereta menghantar anak ke nursery (nurseri) baru sebentar tadi di area (kawasan) Puchong. Keprihatinan anda amat dihargai ni (ini) berita benar." Sila sebarkan. -- BERNAMA

Memey Sahkan Nikah Norman Hujung Tahun Ini

news @mStar

Memey Sahkan Nikah Norman Hujung Tahun Ini

KUALA LUMPUR: Pelakon Memey Suhaiza dan pasangannya Norman Hakim

Menurut Memey, dia dan Norman mula membuat persiapan perkahwinan termasuklah membeli barangan untuk majlis itu di Bandung, Indonesia, beberapa hari lalu.

"Setakat ini persiapan perkahwinan kami baru saja 40 peratus siap.

"Kami juga telah ke Bandung bersama beberapa ahli keluarga untuk mencari kain, kad perkahwinan serta barangan perkahwinan lain.

"Sebenarnya persiapan itu dibuat sedikit demi sedikit agar tidak kelam kabut nanti, memandangkan masing-masing sibuk dengan kerjaya sebagai pelakon.

"Alhamdulillah, saya gembira kerana selepas pelbagai dugaan berlaku, akhirnya saya akan bergelar isteri kepada Norman," kata Memey yang ditemui ketika penggambaran drama Bola Cinta di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil, di sini, Jumaat.

Tambah Memey, dia berharap agar segala perancangan yang dibuat mereka berjalan lancar.

Malah Memey mengimpikan perkahwinannya nanti berkonsepkan ala taman.

"Kalau boleh saya nak majlis kami meriah, tetapi kami belum tetapkan tema warna yang sesuai. Syukur alhamdulillah, kami juga ditawar oleh beberapa penaja untuk menguruskan perkahwinan kami.

"Apa-apa pun, saya harap, selepas kami berkahwin, tiada lagi kontroversi atau timbul masalah lain," katanya yang sudah pun menjalani kursus perkahwinan.

Mereka bertunang pada 13 September 2010 .

Ngangkung Mengungguli Top 20 Filem Melayu Sepanjang Tahun

Senarai filem Malaysia berdasarkan kutipan Sepanjang Tahun

*Setakat 25 Jan 2011

Hantu Kak Limah Balik rumah9009 Comments:
1. Ngangkung memecahkan tradisi rekod sepanjang zaman dengan kutipan tertinggi RM8.18Juta
2. Diikuti rapat dengan filem Hantu Kak Limah Balik rumah (HKLBR) dan disusuli Adnan Sempit dan Lagi Lagi Senario
3. Filem Dato Yusof Haslam hanya mampu menduduki carta ke 6 bagi filem Sembilu 2 dan mengharapkan filem anak beliau Khurafat akan mengikut jejak.



Source:
Finas

Lin Dan vs Chong Wei again ?

Lin Dan vs Chong Weinews @bharian

Lin Dan tak dapat lari bayangan Chong Wei

2011/01/29
BAYANGAN pertembungan Lee Chong Wei menentang juara Olimpik, Lin Dan dalam final kejohanan badminton Terbuka Korea semakin menjadi satu realiti ketika ini selepas kedua-dua pemain elit dunia itu layak ke saingan separuh akhir, malam tadi.

Chong Wei menewaskan pemain China, Wang Zhengming 21-14, 21-19 manakala Lin Dan berhempas pulas menewaskan bekas juara dunia dari Indonesia, Taufik Hidayat 21-13, 8-21, 21-15. Hari turut menjadi ceria buat pasangan beregu emas negara, Koo Kean Keat-Tan Boon Heong selepas menewaskan rakan senegara, Mohd Fairuzizuan Mohd Tazari/Ong Soon Hock 21-17, 12-21, 21-16 dalam saingan suku akhir, semalam. Dalam separuh akhir, hari ini Chong Wei akan menentang Du Pengyu - seorang lagi pemain China yang berada dalam ranking ke-11 dunia.

Lin Dan pula dijangka tidak menghadapi masalah untuk mengenepikan pemain muda Indonesia, Simon Santoso dalam satu saingan buat mengintai tiket ke final di kejohanan terkaya itu.

Kean Keat-Boon Heong bakal bertemu beregu nombor tujuh dunia, Jung Jae Sung-Lee Yong Dae dari Korea Selatan dalam kelompok empat terakhir, hari ini manakala satu lagi saingan peringkat sama membabitkan pertemuan beregu nombor satu dunia, Mathias Boe-Carsten Mogensen dari Denmark menentang Ko Sung Hyun-Yoo Yeon Seong (ketiga dunia) dari Korea Selatan.

Friday, January 28, 2011

Yuna dan Blogger Boy

news @Kosmo

Yuna dan Blogger Boy

Yuna dan Qi bercintaPUAS dia bersembunyi dengan teki-teki sebenarnya, biarpun pada awal tahun ini dia sudah seakan-akan mengiakan kepada pihak media akan hubungan cintanya itu. Namun kelmarin, Yuna akhirnya secara rasmi mengakui hakikat bahawa pengacara dan aktor utama drama bersiri popular Blogger Boy, Qushairi Razali atau Qi merupakan insan yang paling istimewa dalam hidupnya.

Sinar kegembiraan jelas terpancar pada seraut wajah gadis manis itu ketika bertentang mata dengannya di Restoran Spasso Milano, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, kelmarin.
Menyedari ramai yang membuat spekulasi mengenai hubungannya bersama jejaka berusia 34 tahun itu, Yuna, 25, bukan mahu menafikan fakta tersebut, namun jujur dia mengakui tidak selesa untuk berkongsi cerita berkenaan perkara itu memandangkan antara mereka masih lagi dalam fasa mengenali hati budi.

"Kami memang sangat rapat dan saya memang tak berapa selesa nak cerita sangat kerana kami masih dalam proses mengenali. "Kita tak tahu apa yang akan berlaku di masa depan jadi sebab itu saya takut nak bercerita dan saya juga perlu menjaga nama baik keluarga kami berdua," tutur Yuna yang menyambung kontrak sebagai duta tuala wanita Libresse untuk tahun kedua. more news / previous news

Lady Gaga engaged?

news @mtv

Lady Gaga engaged?
11:38, Monday, 24 January 2011

Lady GaGa is allegedly engaged to boyfriend Luc Carl.

According to the Daily Star, the Bad Romance hitmaker and Carl got on so well after spending Christmas at Luc's parents house in Nebraska, that they have decided to tie the knot.


Speaking of their festive getaway together, an insider told the newspaper: "She could have paid for Luc and his family to stay in a five-star hotel at Christmas but thought it was way more romantic to stay with him in the bedroom he had as a little boy. He’s the only man she’s truly loved."

It is thought that the pair are expected to announce their engagement on the release day of her highly anticipated new single, Born This Way, on 13th February.

lady gaga and Luc Carl engagedThe source added to the tabloid: "She and Luc are in no rush to name a wedding date. She doesn't even have a proper ring because he couldn't afford one."

GaGa and Luc, who met four years ago at a Manhattan bar where Carl worked, have previously expressed their desire to get hitched, by having a "spiritual commitment ceremony" last year.

Thursday, January 27, 2011

Senarai filem Malaysia berdasarkan kutipan

Senarai filem Malaysia berdasarkan kutipan 2011

*Setakat 26 Jan 2011

khurafat perjanjian syaitankhurafat perjanjian syaitan9009 Comments:
1. Khurafat masih berada di rating no 1 kerana tiada filem Melayu lain setakat.





Source:
Finas
Facebook Khurafat

Cher in Burlesque Movie

news @mtv

Cher in Burlesque Movie

After the song she sung in the film Burlesque won itself a Golden Globe, it was quite understandable that Cher would expect it to earn an Oscar nomination.

But when the Oscar shortlists were announced on Tuesday, You Haven't Seen The Last Of Me was noticeably absent from the Best Original Song category - which has proven to be a huge disappointment for the singer-actress.

In fact she was so upset by its lack of nomination that she took to Twitter to express her disbelief - leading to a bizarre rant when someone else hit back at her 'gripes'.
more

Gambar Panas Azizah Mahzan

Gossips: Gambar Panas Azizah Mahzan

Gambar intim antara dua pelakon Spa Q 2, Zaefrul Nordin dan Azizah Mahzan yang tersebar di internet tentunya menjadi bualan hangat di dalam industri hiburan kini. Bayangkan, gambar tersebut boleh menimbulkan salah faham ke atas sesiapa yang melihatnya kerana tidak wujud langsung batasan di antara kedua-duanya. Zaefrul berulang kali menerangkan kepada media mengenai hubungan antaranya dengan Azizah hanya sekadar kawan baik. Zaefrul juga telah mengakui kesalahannya bergambar mesra dengan wanita lain tanpa batasan.

9009 comments:
Isu ini memang telah lama tapi 9009 ingin berkongsi sekadar tatapan dan renungan bersama


Azizah Mahzan
Azizah Mahzan seksi
Azizah Mahzan panasSource:
Krsuicide

Sharifah Shahira Jadi Deejay Suria FM

News @mStar

Sharifah Shahira Jadi Deejay Suria FM

PETALING JAYA: Bagi memantapkan lagi stesen penyiaran mereka, Suria FM berjaya memancing pengacara popular Sharifah Sahira menjadi deejay stesen itu berkuat kuasa Isnin depan.

Sharifah Sahira atau lebih mesra dengan panggilan Shira akan digandingkan dengan Zizi dan Halim Othman untuk slot pagi, Suria Breakfast selama empat jam bermula pukul 6 pagi setiap hari Isnin hingga Jumaat.

“Ya, saya akan menjadi salah seorang penyampai radio Suria FM. Walaupun pertama kali bergelar penyampai radio, saya akan cuba melakukan yang terbaik mengikut cara tersendiri.

“Saya menerima tawaran ini kerana tertarik dengan Suria FM dan mahu mencuba nasib sebagai penyampai radio. Lagipun, Suria FM menghargai bakat saya. Jadi, saya rasa terharu dengan tawaran ini,” kata Shahira.
more

Wednesday, January 26, 2011

Artis Gay di hotel besar

gayGossips @ManggaOnline

Artis Gay di hotel besar

Artis lelaki yang sorang ni tak habis-habis dengan kontroversinya sejak akhir-akhir ini. Tak tahulah apa yang dia cari dalam hidup dan dalam kerjaya seni dia. Cari kemewahan kut sehingga sanggup gadaikan segala-galanya. Entahla amalkan kehidupan songsang ataupun 'gay'.

Kita terkejut juga bila dengan cerita kurang enak pasal artis yang kita minat jugalah sebab semasa awal kemunculan dulu nampak dia macam ada potensi untuk melangkah lebih jauh dalam bidang seni ni. Bila dah mula ada hal macam-macam ni tak tahulah pulak apa nak jadi selepas ini.

Pada suatu hari ada seorang yang berkedudukanlah sebab bisnesnya berjaya mendaftar masuk ke sebuah hotel. Biarlah... tak kisahlah kalau dia nak bermalam di hotel. Dia ada duit apa salahnya. Tapi rupa-rupanya secara diam-diam si artis muda yang sama jantina itu naik terus ke biliknya bila kunci dah dapat. Dari level parkir dia terus naik ke atas dan bersama-sama dalam bilik. Itu yang membuatkan orang cuak. Bukannya artis tu tak ada rumah sewaan di Kuala Lumpur ni. Dia ada rumah. Tapi agaknya mereka mahu bermesra tanpa ada gangguan. Sebab itulah pilih hotel. Apa yang berlaku di dalam bilik tu tak ada yang tahulah. Tapi semestinya ia menimbulkan tandatanya kawan Kita yang lihat tu. more gossip

' Kalau korang tahu, tekalah siapa artis tu, tapi jangan lah komen kat sini, teka dalam hati ajer la heheh
'

Magika Ungguli Anugerah Profima

Magika Ziana Zain Edry Abdul Halim news @mStar

Magika Ungguli Anugerah Profima

KUALA LUMPUR: Filem Magika arahan Edry Abdul Halim meraih empat anugerah daripada 20 kategori yang dipertandingkan pada Majlis Anugerah Profima 2010 yang diadakan di Hotel Palace of The Golden Horses, di sini, Selasa.

Antara anugerah yang dimenangi adalah Anugerah Kesan Visual Terbaik, Audio Terbaik, Kostum Terbaik dan Pengarah Seni Terbaik.

Anugerah Profima yang dahulu dikenali sebagai Anugerah Oskar ini bertujuan memberi pengiktirafan kepada pekerja belakang tabir dan meraikan pencapaian mereka dalam bidang kerja masing-masing.

Acara tahunan yang dianjurkan oleh Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (Profima) ini menyaksikan 62 kategori yang dipertandingkan termasuk sembilan anugerah baru seperti kategori anugerah Ikon Profima, Filem Pendek, Orang Belakang Tabir Veteran, Majalah TV Terbaik dan Kesinambungan Filem.

Dalam pada itu, tiga individu telah terpilih untuk anugerah Tokoh Profima 2010 iaitu penerbit filem Datuk Yusof Haslam, wartawan Ku Seman Ku Hussein dan ahli akademik, Allahyarham Anuar Nor Arai.
more news

Mentor 5 - Next Auditions Rahim Maarof and Dato' Sharifah Aini

Mentor 5 - Program realiti paling gempak di TV3, Mentor kini bakal kembali menghangatkan kaca televisyen anda dengan musim kelima.

Jangan lupa next auditions for Rahim Maarof and Dato' Sharifah Aini

# 29 Januari 2011 – TV3, Sri Pentas, Bandar Utama (Rahim Maarof)
# 30 Januari 2011 – TV3, Sri Pentas, Bandar Utama (Datuk Sharifah Aini)


Previous news

Source:
Official facebook Mentor 5
TV3

Harimau Malaya ’kena ikat’ ??

news @bharian
DATUK Seri Ahmad Shabery Cheek membuat satu kenyataan panas, semalam yang harus menyentap cabaran pasukan utama dalam kancah liga tempatan khususnya Liga Super yang bermula, Sabtu ini namun dari segi realiti segala-galanya tampak terarah kepada kebaikan masa depan skuad bola sepak Harimau Malaya.

Menteri Belia dan Sukan itu tampil dengan satu syor melarang pemain yang dikenal pasti mewakili skuad kebangsaan untuk misi kelayakan ke Sukan Olimpik 2012 tidak beraksi di liga tempatan selepas barisan didik K Rajagobal terpilih dalam program Road To London, semalam.

Apapun, Shabery tidak mahu terburu-buru, malah akan mengadakan perbincangan bersama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mencari jalan terbaik susulan ganjaran membiayai program latihan pemain negara ke kelab ternama diberi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. more news / previous news

Tuesday, January 25, 2011

Senarai filem Malaysia berdasarkan kutipan

Senarai filem Malaysia berdasarkan kutipan 2010

Hantu Kak Limah Balik RumahNgangkung9009 Comments:
1. Ngangkung masih mendahului dengan kutipan RM8.18 juta
2. Kutipan Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR) semakin meningkat. Kutipan terkiniRM 7.7 juta, dan masih ditayangkan setakat January 18, 2010 at 1:15pm.

Source:
Wikipedia
Facebook HKLBR

Jennifer Hudson to release new album in March

jennifer hudsonJennifer Hudson to release new album in March

Grammy and Academy Award winner
Jennifer Hudson will release her highly anticipated sophomore album I Remember Me on March 22 on Arista Records.

The album’s first single, “Where You At,” written and produced by R. Kelly, will be serviced to radio on January 24. The album is available for pre-order starting today on Jennifer’s website and purchasers will receive an exclusive early download of the debut single “Where You At” the week of January 24th.

The album title, I Remember Me, is based on a poem written by Jennifer and composed into a beautiful song co-written by Ryan Tedder that will be featured on the album. Additional writers and producers on the album include multi-award winners Alicia Keys, Swizz Beatz, Rich Harrison, Ne-Yo and Stargate.

You can listen to a 30 second snippet at www.jenniferhudson.com

Aksi bogel Mimi - One Nation Emcees tersebar

News @Kosmo

Aksi bogel Mimi tersebar

APA sudah jadi? Shamimi Amalina Norhisham atau lebih dikenali sebagai Mimi, vokalis kumpulan One Nation Emcees khabarnya sudah berubah sikap menjadi perempuan yang amat ganas atau lebih tepat, psiko. Malah, disebabkan kegilaannya itu, dia sanggup membunuh!

Namun, itu sebenarnya adalah antara karakter lakonan sulung Mimi menerusi filem berjudul, Klip 3GP. Ia merupakan suatu perkembangan terbaru buat Mimi yang sebelum ini lebih terhad dikenali hanya sebagai vokalis One Nation Emcees.

"Sebenarnya semasa mereka menawarkan kepada Mimi watak ini, kami (One Nation Emcees) baru sahaja selesai membuat pertunjukan di Kota Kinabalu, Sabah. more details

Monday, January 24, 2011

Britney Spears: 2011 New Album Preview

Britney Spears 2011Britney Spears: 2011 New Album Preview

After a week of release, "Hold It Against Me" debuted on Billboard's Mainstream Top 40 Songs chart at No. 16 with 4,071 plays, the highest detections total by a debuting title in the chart's 18-year history.

For Spears' (officially) still-untitled seventh studio album, Gottwald and Max Martin have signed on as co-executive producers (as they did for Katy Perry's "Teenage Dream") and signaled a continued embrace of the dance-pop that was ahead of the curve on Spears' most recent albums (2007's "Blackout" and 2008's "Circus") but is now inescapable. more news

Britney Spears has just brought out one exciting news for her music fans. On Thursday, December 2, the day she turned 29, the "Womanizer" hitmaker took it to her Twitter account to unravel that her next album will come out in March 2011. "I'm almost done with my new album and it will be coming out this March," she tweeted. "I AM IN L-O-V-E WITH IT!"
more news

Kenapa Ana Raffali Melatah?

Kenapa Ana Raffali Melatah?

Gossips @ManggaOnline

Ana Raffali dalam Twitternya menegur secara berhemah seorang blogger yang bercerita tentangnya, biarpun tidak dinyatakan nama pada artikel (rasanya artikel itu ditulis oleh sebuah akhbar tempatan) itu. Katanya, dia membawa nama bapanya, jadi dia tidak mahu jika cerita yang ditulis oleh media atau blogger tanpa merujuk pada dirinya dahulu. more gossips / previous

Photo Perkahwinan Ayu Raudhah & Zaquan Adha

Photo Perkahwinan Ayu Raudhah & Zaquan Adha

Hanya dengan sekali lafaz, aktres Ayu Raudhah,26, akhirnya sah bergelar isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan dan Negeri Sembilan, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak, 23, pada majlis pernikahan mereka di Masjid Sultanah Bahiyah, di sini, Jumaat (21 January 2011). Previous news

Berikut antara photo yang diperolehi semperna perkahwinan Ayu Raudhah & Zaquan Adha. Jom kita jenguk !!

Promo: CNY and Valentine Sales !

Chinese New YearPromo: CNY and Valentine Sales !

Want to shop for new clothes for Chinese New Year but hate the shopping crowd and constant rush? No worries! You can now shop till you drop at
Jipaban with the awesome Chinese New Year and Valentine day promo. Check out our 'browse by category' at http://www.jipaban.com/mall/#browse-jipaban products and click on the Chinese New Year or V’day tab to view all the promotions run by selected retailers for these special occasions.


Shopping Now !

Sunday, January 23, 2011

Chong Wei juara Terbuka Malaysia

Lee Chong Weinews @bharian

Chong Wei juara Terbuka Malaysia

2011/01/23
KUALA LUMPUR: Jaguh perseorangan negara, Lee Chong Wei, meraih gelaran ketujuh Terbuka Malaysia selepas mudah menewaskan pemain Indonesia, Taufik Hidayat, 21-8, 21-17 di Stadium Putra, Bukit Jalil, sebentar tadi.


Taufik Hidayat

KBS Music Bank - Great performance by G.Na

Park Jung MinKBS Music Bank - Great performance

K-pop fans got to experience another great lineup of shows from their favorite artists on this week’s episode of KBS “Music Bank”.

A few notable performances from today’s episode and comeback performances from Park Jung Min, G.Na, Mighty Mouth, and Navi.

“Music Bank” also featured stages from Secret, MBLAQ, Dalshabet, Teen Top, Infinite, Han Groo, Joo Beige and Orange Caramel.

More video and show: click here

FYI: Maher Zain

Want to know Maher Zain ?

Maher Zain (born in Tripoli, Lebanon in 1981) is a Swedish singer and music producer of Lebanese origin. He sings mainly spiritual Muslim songs and nasheeds. His debut album Thank You Allah of 13 tracks and two bonus songs was released on 1 November 2009. He sings in a number of languages, but mainly in English and Arabic.

Maher Zain was born in 1981 in Lebanon. His father Mustapha Maher was a singer in his hometown Tripoli (in Lebanon). His family moved to Sweden when Maher was only eight, where he continued his schooling. Maher got his first keyboard when he was ten. He later entered university and got a Bachelors degree in Aeronautical Engineering. During his teenage years, he liked to spend late nights at school with his friends where they would sing, rap, compose and experiment with music.


In January 2009, Maher Zain began working on an album and signed with Awakening Records. Maher’s debut album Thank You Allah reached the number 1 spot on Amazon.com World Music charts and number 9 on the R&B charts.[citation needed] His album mixes the sounds of R&B with traditional spiritual, soul and contemporary pop music, not just updating spiritual music and nasheed but reviving it with contemporary flair.

As an artist and producer, Maher brings his music to a wider audience not by watering down his message, but by making songs that fuse elements of R&B, traditional spiritual music, pop, Arabic and Turkish music into innovative arrangements.
Following Maher's concert in Malaysia, Maher's name became the fastest rising name search on Google in Malaysia, beating some other singer like Lady GaGa, Justin Bieber and Malaysian's no.1 singer,
Siti Nurhaliza

Source:

wikipedia
Facebook

Monica Release For New Album

Monica Release For New Album

Dance/Pop artists aren’t the only people planning to release new material in 2011. Monica more revealed that she intends to drop a new album as well. The R&B singer’s 7th studio collection, ‘New Life’, will hit stores in the summer, featuring contributions from Bryan-Michael Cox and Oak among others.

Ana Rafalli Jawab Dituduh Kurang Ajar

Ana Rafalli anugerah juara lagu 25news @mStar

Ana Rafalli Jawab Dituduh Kurang Ajar

PETALING JAYA: Penyanyi Ana Raffali akui kecewa dengan segelintir pihak yang menganggapnya tidak berdisiplin dan bersikap kurang ajar. Mp3 album

Ana dikatakan tidak meminta maaf kerana datang lewat dalam satu majlis besar sehingga membuatkan artis lain ternanti-nantikan kehadirannya.

Katanya, perkara itu terjadi disebabkan salah faham antara pihak penganjur dan pengurusannya.

“Saya kecewa apabila cerita tersebut telah ditokok tambah untuk memberikan gambaran seolah-olah saya tidak bekerjasama dan bersikap kurang ajar.

“Sebenarnya lain yang berlaku, lain yang diceritakan, lain pula yang telah disampaikan sehingga orang menganggap saya benar-benar bermasalah,” katanya.

“Memang saya terlambat, tapi tidaklah sampai satu jam atau beberapa jam seperti yang telah digembar-gemburkan. Saya juga tidaklah kurang ajar sehingga langsung tidak memohon maaf atas kelewatan itu," katanya.

Ditanya tentang “harga” selepas memenangi Anugerah Juara Lagu ke 25 (AJL25) baru-baru ini, Ana memberitahu dia menyerahkan soal itu kepada pihak pengurusannya.

“Tentang harga atau bayaran saya diuruskan oleh pengurusan dan saya tidak masuk campur tentang perkara itu,” ujarnya ringkas.
more