Sunday, September 4, 2011

Anak Kembar Jadi Pelengkap Sazzy & Nazril

news @mStar

Anak Kembar Jadi Pelengkap Sazzy & Nazril

Pasangan selebriti Sazzy Falak dan suaminya Nazril Idrus mengakui sambutan Hari Raya pada tahun ini lebih bermakna dan lengkap dengan kehadiran dua cahaya mata kembar mereka, Iman Lilly dan Tiara Rose yang berusia empat bulan.

Akui Sazzy, kedatangan lebaran ini dirasakan berbeza dan istimewa kerana buat julung kalinya mereka membuat persiapan untuk dua puteri kembar itu selepas hampir lima tahun berkahwin.

"Sambutan Hari Raya kali ini memang berbeza. Kehadiran Iman Lilly dan Tiara Rose membuatkan saya dan Nazril seronok hendak beraya. Kalau dulu buat persiapan raya untuk kami berdua sahaja tapi kali ini untuk si kembar juga.

"Saya sediakan dua pasang baju sahaja untuk mereka. Selain seronok buat persiapan raya, saya juga seronok apabila memikirkan saya akan tolong anak-anak untuk kutip duit raya mereka juga," katanya secara berseloroh. more

0 comments:

Post a Comment